Geng Bas Sekolah

September 27, 2013

HISHAMMUDDIN DAH BUAT GILA


UMNO Johor hari ini mengumumkan penubuhan jentera pilihan raya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak lama lagi berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak di Alor Setar.

Pengumuman itu dilakukan oleh Naib Presiden UMNO yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis Seuntai Kasih Sejambak Sayang Wanita UMNO Johor di sini yang dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Hishammuddin dan Shahrizat turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan selain menyifatkan pemergian bekas Menteri Besar Kedah itu sebagai kehilangan seorang pemimpin politik.

Hishammuddin berkata, beliau yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan.

"Sehubungan itu juga, jentera UMNO Johor telah ditubuh dan dipersiapkan bermula hari ini bagi membantu Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.

Gila apa Hishammudin dengan geng ni. Orang tu baru meninggal dunia semalam, hari ni dah sibuk umumkan jentera PRK. Agak agaklah sial. Hormatlah Arwah tu. Fikirlah sikit perasaan keluarga Arwah tu. Inilah masalah orang politik. Sibuk sangat kejar harta dunia.

2 comments:

Azahari Rahman said...

beri kemenangan percuma jelah..hehe

Hancusss said...

Layak ke dihormati pemimpin bingai mcm ini? Ke mana adab sebagai muslim dan melayu? dah lah arwah tu pemimpin pas yg berhati mulia terhadap kawan & lawan. klu terdesak bertanding jawatan parti pun jgn la sampai keterlaluan. Suruh ahli bawahan berhemah pandai tapi ekor sendiri berterabor..