Geng Bas Sekolah

September 26, 2013

A.SAMAD SAID BERDEPAN HUKUMAN HUDUD


Mana-mana pihak yang menggunakan, mengiktiraf serta mempromosi bendera kebangsaan selain daripada bendera Malaysia sebenar boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Peruntukan undang-undang itu terkandung dalam Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 yang dibacakan buat kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut rang undang-undang itu, mana-mana pihak yang berbuat demikian telah melakukan satu kesalahan dan pindaan tersebut juga melibatkan bendera-bendera rasmi semua negeri di negara ini.

Selain itu, seksyen sama turut memperuntuk hukuman kepada mereka yang didapati mencacatkan, membakar, menghina, memusnahkan, meletakkan di atas lantai atau tanah serta mempersoalkan dengan niat untuk tidak menghormati mana-mana lambang dan bendera negara-negara asing.

Jika sabit kesalahan, mereka yang melakukan perbuatan itu juga boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

2 comments:

Jeffry Damien said...

ORG TUA TU OTAK LIBERAL SGT BROO..X MUSTAHIL DIA BLEY JD APE SAJE TERMASUK GENG 04...GENG SYIAH...GENG KOMUNIS KEHKEHKEH

Anonymous said...

SUMBAT SAJA MAT KERING NI DALAM PENJARA....BIAR DIA TAHU LANGIT TINGGI ATAU RENDAH..DIA INGAT SASTERAWAN NEGARA TU HEBAT SANGAT....DAN BEBAS BUAT APA SAJA...