Mereka yang melakukan jenayah seksual, jenayah terancang serta mencederakan pasangan masing-masing (suami isteri) akan dikenakan hukuman lebih berat sebaik sahaja Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 yang dibacakan kali pertama mula dikuatkuasakan.
Rang undang-undang itu dibaca Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam kategori kesalahan seksual, rang undang-undang itu memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun berbanding 20 tahun ketika ini selain kadar penjara minimum dinaikkan dari lima tahun kepada 10 tahun.
Antara kesalahan seksual yang boleh dipenjarakan sehingga 30 tahun adalah rogol secara berkumpulan, sumbang mahram dan rogol menggunakan apa-apa objek.
Bagi kesalahan rogol secara berkumpulan yang merupakan seksyen baharu (375B), mereka yang disabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun.
Bagi kesalahan sumbang mahram yang sebelum ini jika sabit kesalahan akan dihukum penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun, rang undang-undang itu menetapkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
Bagi kategori jenayah terancang, rang undang-undang itu menaikkan kadar hukuman daripada penjara maksimum lima tahun penjara kepada 20 tahun.
Fasal tiga di dalam rang undang-undang itu juga memasukkan seksyen baharu 75A iaitu peruntukan bagi penjara mandatori tidak kurang daripada dua kali ganda tempoh lebih panjang untuk pesalah berulang yang melakukan kesalahan berat.
Rang undang-udang itu turut diperuntukkan seksyen baharu 130QA berkaitan kesalahan membantu gerakan keganasan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjarakan tidak lebih tujuh tahun dan tidak kurang 30 tahun serta boleh dikenakan denda.
Rang undang-undang itu turut memasukkan seksyen baharu 326 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali terhadap pasangan yang menggunakan jenayah kekerasan hingga menyebabkan kecederaan.

No comments:
Post a Comment