Geng Bas Sekolah

September 15, 2013

BELIA PAHANG MAHU PERUBAHAN


Baru baru ini sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Pahang telah membuat laporan polis berikutan pertandingan Kuantan Drag yang diadakan berhampiran kediaman mereka. Memang aku akui pertandingan itu diadakan berhampiran tetapi bukanlah dikawasan mereka sebaliknya sebuah jalan mati yang tidak digunakan orang awam.

Untuk makluman, Pahang sememangnya tiada kawasan khas ataupun litar lumba. Sebelum ini pihak sukan permotoran ada membuat pertandingan di kawasan Jengka tetapi ianya juga dihalang. Akhirnya perlumbaan terpaksa dipindahkan ke lokasi ini.

Aku harap Kerajaan Negeri Pahang prihatin isu ini. Memang pada Kerajaan masalah litar lumba hanya masalah kecil tetapi jika Kerajaan faham dan nampak potensi litar lumba, maka hendaklah ianya diberi perhatian.

Kami tidak meminta litar secanggih dan sebesar Litar Sepang. Cukuplah dengan keadaan yang sesuai dan keselamatan yang terjamin untuk pelumba dan penonton, itu sudah memadai.

Jika Pahang sudah mempunyai litar sendiri, Kerajaan Pahang sendiri boleh menganjurkan perlumbaan kereta atau motor secara tahunan. Ini secara tak langsung boleh menaikkan nama Pahang didalam acara sukan permotoran negara.


1 comment:

Anonymous said...

AISEYMEN..INI MCM KERAJAAN NEGERI KENA BIKIN 1 LITAR MEN KHAS UTK KAKI PECUT MEN..BKN APE...IKUT TREND SKRG BELIA2 MMG HAUSKAN AKTIVITI2 LASAK TP SYG XDE KEMUDAHAN TU..JD KERAJAAN NEGERI KENE LE DGR SUARA DIORANG HUHUHU