Geng Bas Sekolah

September 14, 2013

MENYOKONG KEPIMPINAN DS NAJIB RAZAK

Sejak awal kemerdekaan dahulu, negara sememangnya mempunyai pelbagai masalah terutama didalam bidang sosial, politik dan ekonomi. Walaubagaimanapun dengan kebijaksanaan pemimpin dahulu masalah ini dapat dikurangkan walaupun tidak diselesaikan sepenuhnya. Malah Tun Mahathir dengan bijak mengimbangi masalah ini sehingga rakyat pelbagai kaum dapat hidup aman damai.

Namun setelah Tun Abdullah mengambil alih tampuk pemerintahan, masalah ini semakin melarat. Kepimpinan beliau yang lemah tambahan pulak sikap punaisihat disekeliling beliau menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal. Apabila harga minyak dunia melambung tinggi, Tun Abdullah telah membuat kesilapan yang amat besar iaitu menaikkan harga minyak dengan melampau.

Setelah keputusan PRU12 yang hampir menumbangkan Kerajaan BN, akhirnya beberapa Ahli Majlis Tertinggi memaksa Tun Abdullah meletak jawatan dan memberi laluan kepada DS Najib. DS Najib mengambil alih kepimpinan negara didalam keadaan negara yang agak tenat. Masalah ekonomi amat menjejaskan rakyat. Keadaan semakin huru hara apabila Tun Abdullah telah membebaskan dajal kecil dari kurungan iaitu pakcik Anwar. Sebaik bebas, pakcik Anwar telah melakukan pelbagai masalah untuk menekan DS Najib.

Untuk menghadapi PRU13, DS Najib terpaksa melakukan pelbagai pembaharuan termasuk menghapuskan ISA. Ini kerana Kerajaan berhadapan dengan tekanan yang kuat terutama untuk mendapat sokongan rakyat. Apabila PRU13 diadakan, ternyata Kerajaan BN masih mendapat sokongan rakyat terutama daripada golongan bumiputera. Manakala tindakan kaum cina yang cuba menggulingkan Kerajaan ternyata gagal.

Dengan keputusan PRU yang lalu, hari ini DS Najib telah mengumumkan pelan tindakan untuk membantu orang orang melayu terutama kaum bumiputera. Dengan melancarkan Majlis Tindakan Perkasaan Ekonomi Bumiputera siang tadi, diharap kaum bumiputera dapat mengambil peluang untuk memajukan ekonomi diri sendiri tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada Kerajaa .

Untuk menjayakan pelan tindakan ini, semua rakyat terutama kaum bumiputera perlu bersatu dan terus menyokong program transformasi yang dilakukan oleh DS Najib. Tanpa sokongan semua, segala tindakan untuk memaju dan memulihkan ekonomi rakyat dan negara tidak akan berjaya. Memang benar ada beberapa tindakan DS Najib itu dilihat tidak popular tetapi tanpa pengorbanan , bagaimana kejayaan mampu dicapai.

Bersama samalah kita menyokong kepimpinan DS Najib. Sekiranya ada kesilapan, kita perlu menegur beliau dengan berhemah. Bukannya menekan dan memaksa beliau melakukan apa yang kita sangka betul dan benar. Disaat ini, DS Najib sedang menghadapi pelbagai tekanan bukan sahaja dari puak pembangkang malah mendapat tekanan daripada ahli BN sendiri. Jika bukan kita bersama sama berdiri dibelakang menyokong kepimpinan DS Najib, siapa lagi yang akan berbuat demikian.

Untuk terus kekal menjadi juara didalam PRU14 nanti, kita seharusnya bersatu. Bukan lagi bercakaran sesama sendiri. Rakyat telah memberi mandat kepada BN dan DS Najib justeru itu kita wajar terus bersama sama menyokong kepimpinan DS Najib Tun Razak.

No comments: