Pada aku lah, sebenarnya penubuhan YES ini tidak perlu. Pemimpin UMNO sendiri perlu mendekatkan diri dengan rakyat, bukannya menubuhkan Yayasan lain. Maksud pemimpin itu pula bukan setakat pada pemimpin Pusat tetapi lebih kepada pemimpin peringkat Cawangan dan Bahagian. Ini kerana Cawangan dan Bahagian lah yang lebih dekat dengan rakyat.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan Yayasan Ehsan Seputeh (YES) merupakan antara langkah terbaik dan perlu dicontohi dalam mendekatkan parti politik khususnya UMNO dengan rakyat.
Menurut Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, dalam menyuburkan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) langkah-langkah meluaskan aktiviti sosial dan kebajikan perlu dimanfaatkan secara berterusan.
"Jika UMNO menjadi parti sandaran kepada setiap rakyat dalam apa jua keadaan, saya yakin UMNO akan mendapat sokongan lebih kuat daripada rakyat," katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian YES di sini malam ini.
Sementara itu, Mustapa Kamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh berkata, YES bermatlamat menjadi sebuah organisasi yang proaktif dan memainkan peranan penting mentransformasi masyarakat dalam bidang pendidikan, kesihatan dan kebajikan.
Ke arah itu, kata beliau, YES dalam perancangan menubuhkan sebuah pusat dialisis dan fisioterapi yang akan menawarkan khidmat percuma kepada pesakit yang tidak berkemampuan tanpa mengira kaum.
"YES juga akan menaik taraf pusat tahfiz sedia ada di Jalan Klang Lama kepada akademi tahfiz yang diberi nama Akademi Tahfiz Darul Abrar dengan matlamat memastikan pelajar bukan sahaja berjaya dalam bidang al-Quran tetapi akademik," katanya.
Ditubuhkan pada 2012 atas inisiatif Jawatankuasa Bahagian UMNO Seputeh, menurut Mustapa Kamal, antara program yang akan dilaksana menerusi YES adalah pusat tuisyen, biasiswa pelajaran, forum pendidikan kesihatan dan pendidikan, khairat kematian serta berfungsi sebagai pusat penyelaras agensi kerajaan.- Utusan Malaysia

Minta maaflah DS Najib. Bukannya saya bantah cuma lebih baik tumpuan diberikan kepada Cawangan dan Bahagian supaya lebih mesra rakyat. Apa guna tubuh Yayasan lain semata mata nak menunjukkan UMNO mesra rakyat sedangkan pemimpin di peringkat Cawangan dan Bahagian pula bersikap bagaikan Firaun. Bongkak dan sombong.
Untuk mendekatkan UMNO dengan masyarakat, sepatutnya UMNO tumpu usaha membuat kerja kebajikan seperti sukarelawan, gotong royong, mengadakan kelas tusyen dan sebagainya. Buat atas nama UMNO. Barulah rakyat NAMPAK bahawa UMNO yang membuat kerja. Bukannya pelbagai NGO atau Yayasan lain.
No comments:
Post a Comment