Geng Bas Sekolah

June 18, 2013

SALAH SIAPA PENGGANAS TERLEPAS ?


KUALA LUMPUR - Polis bertindak menyerbu tujuh lokasi secara serentak di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor awal pagi ini bagi mengesan seorang suri rumah, Halimah Hussein yang disyaki menganggotai kumpulan pengganas Tanzim Al- Qaeda Malaysia.

Serbuan itu bagaimanapun gagal menemukan Halimah, 52, yang menghilangkan diri setelah dilepas serta dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Mei lalu.

Wanita terbabit sebelum ini pernah ditahan dan didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia bersama bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan pembantu kafeteria, Muhammad Hilmi Hasim.


Mahkamah Rayuan Putrajaya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Halimah kerana gagal menghadirkan diri bagi mendengar kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur untuk melepaskan dan membebaskannya pada 20 Mei lalu dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan di bawah Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan.

"Halimah juga dikehendaki ditangkap semula atas kesalahan sama namun dia masih menghilangkan diri sehingga kini. - PahangKu

Inilah masalahnya apabila ISA dimansuhkan. ISA sebenarnya amat perlu untuk menjaga keselamatan negara. Ianya bertujuan mencegah sesuatu masalah besar daripada berlaku. ISA dipandang buruk apabila ianya menjadi permainan politik. Sekarang bila ISA dah tiada, pengganas pun boleh terlepas. Nak suruh pengganas lapor diri di mahkamah lepas dibebaskan ? Jangan haraplah. 

Sekarang ni bila pengganas terlepas dan membahayakan orang ramai, semua ini salah siapa ?

2 comments:

Anonymous said...

Alahai napa lah polis duk buang masa nak cari makcik nih. Dia dah warga emas, khabarnya sakit lutut nak jalan pun tak berapa nak boleh dah. Biar lah dia habiskan sisa2 hidup dia dengan aman dan tenteram. Lagi pun kita tak nampak satu apa bahaya pun dia buat kepada negara ini. Takutnya polis duk pulun ni kerana ada pihak luar yang mahu makcik tu ditangkap.

Jenayah dalam negara pun polis tak daya nak kepong .. bunuh sana sini, tembak sana sini, tetak sana sini, samun sana sini, rompak sana sini. Kalau yang ini polis ambil berat dan pulun tangkap .. semua rakyat (yang sokong dan tak sokong kerajaan) akan puji polis.

Tak ada rakyat yang setuju polis duk pulun nak tangkap makcik kita yang sorang ni. Dia tak ancam keselamatan kami rakyat pun.

Al Kedah

Jeepers Creepers said...

poyo lah kau..