Geng Bas Sekolah

June 18, 2013

MATI SYAHID - HUSAM TIPU UMAT MUHAMMAD S.A.W


KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa beranggapan mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 bagi membantah dakwaan penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu adalah mati syahid.
    
Bagaimanapun, Husam yang dipetik organ rasmi parti itu, Harakahdaily berkata tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini.
    
"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah...
    
"Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat. Tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya yang dipetik portal milik pembangkang itu.

Husam semakin gila isim. Ingatkan lepas Nik Ajiz letak jawatan, dah tak ada fatwa merapu merepek. Rupa rupanya ada juga pewaris orang tua tu. Tengok tingkah laku Husam ni, rasanya dia nak jadi Murshitdol Am PAS baru ganti Nik Ajis tu.

Husam ni kata mati ketika membantah penipuan, dikira mati syahid.  Habis himpunan 505 dan kata kata tentang mati syahid Husam ini sendiri adalah penipuan. Macam mana tu ? Penipu Husam ni !

3 comments:

Anonymous said...

SETAHU AKU LAH...
SYAHID BILA MANA MEMPERTAHANKAN ISLAM
ITU BARU DIKIRA SYAHID...

Anonymous said...

kalau macam tu.. apa kata Husam sendiri mengambil untuk terkorban lebih dahulu. sekurang-kurangnya, dia dapat mati syaid kan. Kalau tek berani mengambil peluang nie, kompom lah si Husam kaki penipu...

Anonymous said...

Syahid alaf baru!!! Syahid BLACKOUT 505 ala-ala rambo gitu...Syahid ni ialah mati di jalan ALLAH. Walaupun mati kita dalam pertempuran, tidak di kira syahid selagi nawaitu kita bukan kerana ALLAH...contohnya kita jihad kerana pemerintah tidak adil..ia masih di kira jihad bukan di jalan ALLAH. Bukan mudah nak dapat mati syahid dan seruan jihad bukan sewenang-wenangnya di canang seperti Husam buat.