Geng Bas Sekolah

June 17, 2013

KHALID SAMAD SINDIR HJ HADI


Bukan sahaja perbalahan sesama sendiri  tetapi Timbalan Pesuruhjaya 11 PAS Selangor, Khalid Samad yang lebih menyokong PKR berbanding PAS dalam isu kekalahan pembangkang di kerusi DUN Kota Damansara pada PRU 13 lalu kini dianggap ‘bongkah ais’ dalam PAS.

Ahli Majlis Syura PAS Zainuddin Muhamad menyifatkan tindakan Khalid yang sanggup mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai sebagai sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada parti  umpama kapal yang belayar dan terlanggar bongkah ais keranaianya  nampak kecil tetapi besar didalam.

Menerusi pesanan rengkas (sms) yang semakin tersebar dalam PAS, Zainuddin membayangkan dalam erti kata lain, Khalid seumpama ais yang timbul dipermukaan laut, sekalipun nampak kecil tetapi kewujudannya menunjukkan terdapat bongkah yang besar di bawahnya.

“Sebagaimana ada pihak yang hairan bagaimana tulisan Khalid mengkritik kepimpinan parti boleh tersiar dalam harakahdaily, itu memang pelik bagi mereka yang hanya melihat ais tetapi tidak bagi mereka yang menyelami lautan glasia,” kata Zainuddin yang juga menantu kepada Presiden PAS itu.

Difahamkan, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam jadi kecaman pemimpin dan ahli PAS kerana menyalahkan parti ekoran pertembungan sesama sendiri babitkan calon PKR dan PAS dengan calon Barisan Nasional.


Calon BN, Halimaton Saadiah Bohan menang dengan undi sebanyak 16,387 manakala calon PKR, Mohd Nasir Hashim tewas dengan 14,860 undi dan calon PAS, Ridzuan Ismail dengan 7,312 undi.

Isu Kota Damansara juga dijadikan alasan kekecewaan PKR yang menjangkakan parti itu menang di kerusi berkenaan dan memperolehi 15 kerusi DUN.

Bagaimanapun, dengan tewas kepada BN, PKR hanya menang 14 kerusi DUN dan dipintas PAS yang memperolehi 15 kerusi.

Ini juga menyebabkan PKR terpaksa melepaskan satu kuota kerusi Exco kepada PAS.

Khalid yang sepatutnya gembira dengan peningkatan kerusi dimenangi PAS serta pertambahan kerusi Exco bagaimanapun mengkritik pimpinan parti.

Tindakan beliau seolah-olah mempertahankan PKR yang didakwanya boleh menang di Kota Damansara jika Ridzuan tidak bertanding bagi membolehkan sokongan lebih banyak kepada Dr Nasir, wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket PKR.

Ekoran itu juga PAS terpaksa mengadakan pertemuan antara pemimpin parti itu  dengan PSM  minggu depan bagi menyelesaikan beberapa isu yang berbangkit termasuk isu DUN Kota Damansara. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pertemuan tersebut akan diadakan pada 18 Jun ini bertempat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Menurut sms Zainuddin lagi, sejak kepimpinan ulama daripada awal 80an, kepimpinan parti tidak pernah bergoyang melainkan selepas kewujudan mesyuarat-mesyuarat sulit membabitkan Khalid pada awal 2000.

“Walaubagaimanapun, anginnya perlahan justeru  kebanyakkan ahli mesyuarat Khalid  tidak banyak berada dalam posisi penting parti melainkan hanya dipanggiran tanpa portpolio utama.

Tetapi sejak akhir-akhir ini ahli-ahli mesyuarat Khalid yang dulunya berada dalam pinggiran sekarang sudah berada di posisi-posisi penting. Hasilnya, kelihatan sekarang setelah bekerja keras menjatuhkan si polan dan si polan,” ujar beliau.

Beliau memberikan contoh usaha menjatuhkan Ustaz Hassan Shukri yang  dianggap benteng jati PAS yang juga senior parti.

“Perlbagai  usaha bagi menjatuhkan beliau sehingga pernah digelar kuda tua dan lain-lain gelaran disebarkan melalui saraf-saraf mereka. Antara ahli mesyuarat itu adalah Khalid. - Agenda

No comments: