Pada 1 Jun minggu lalu saya telah dijemput untuk berceramah (forum) oleh sebuah pertubuhan Islam di Singapura. Malangnya, apabila setiba dikaunter imigresen, saya telah ditahan dan disoal siasat selama 1 jam. Saya tidak tahu sebab musababnya. Tiga bulan lalu saya turut dijemput, tidak timbul masalah sebegini.
Sebelum itu, sudah lama juga (hampir 4 tahun) saya tidak ke Singapura kerana tidak dapat clearance daripada imigresen dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Saya sudah dapat agak sebabnya. Cuma, kali ini (2013) saya hairan kerana saya dijemput semula. Seperti biasa saya menerima jemputan tersebut.
Saya disoalsiasat dengan pelbagai soalan bersifat amat peribadi. Semua perkara mengenai saya dan keluarga ditanya mahukan jawapan. Saya menjawab semua soalan dengan baik, sehinggalah percubaan untuk mengambil telefon bimbit saya. Ketika itu, saya mula berkeras, kerana ia terlalu peribadi dan saya tidak benarkan sama sekali.
Saya bertanya kenapa saya ditahan dan disoalsiasat. Pihak imigresen Singapura (Cina ultra kiasu) mengatakan ia prosedur biasa. Kenapa saya, bukan pelancong lain? Tiada jawapan. Sejurus dilepaskan, saya bertanya kepada pihak penganjur. Mereka mengatakan ia ada kaitan dengan artikel yang saya tulis dalam akhbar-akhbar tempatan terutama menyentuh isu Melayu Islam di Malaysia, tidak ketinggalan di Singapura.
Jangkaan saya selama ini benar. Apa yang saya tulis kebelakangan ini, tidak disenangi oleh pihak berkuasa ultra kiasu di sana. Perangai ultra kiasu Malaysia sama sahaja dengan ultra kiasu Singapura. Tidak menghairankan kerana mereka adalah sama. Cuma berlainan huruf, satu bermula dengan P dan satu lagi D. Asal-usul sejarah mereka sama. Mereka adalah adik-beradik.
Ingatan saya kepada kerajaan Malaysia, berhati-hatilah. Jangan gadaikan kepentingan negara seperti hartanah, rumah, air dan sebagainya atas nama persabahatan dan sangka baik. Belum tentu mereka menghargainya. Mereka mempunyai banyak duit dan boleh buat apa sahaja. Sebahagian daripada hartanah di Johor dan Pulau Pinang sudah banyak dibeli dan menjadi hak milik kekal. Ini tidak termasuk di negeri lain (Malaysia).
Apa pengajaran yang dapat dipetik daripada insiden ini? Bahaya ultra kiasu kepada negara. Jika tidak dibendung, apakah nasib Melayu (Islam) di bumi Melayu. Justeru, saya mahukan umat Islam sedar, tidak kira apa jua partinya. Seagama tetap bersaudara, walaupun tidak sebangsa. Berbeza dengan orang tidak seagama, apatah lagi jika tidak sebangsa. Siapa saudara, siapa musuh? Perlu disedari dan kenali.
Saudara tetap saudara, musuh tetap musuh. Benar, kita perlu berbaik sangka. Tetapi apakah kita harus terus berdiam, jika musuh begitu nyata di depan mata dan sentiasa merancang untuk memusnahkan kita.
Bukanlah maksud saya kita turut bertindak memusnahkan mereka. Paling penting, kita perlu bertegas dengan mereka mulai sekarang. Jangan terlalu fikirkan soal pembangunan dan undi. Menang sorak kampong tergadai. Kaduk naik junjung.
Bertindaklah mengikut perlembagaan. Jika mereka menyentuh isu-isu sensitif, seperti menghina Islam, raja dan Melayu (bangsa dan bahasa), yang terkandung dalam akta hasutan, jangan ragu-ragu dengan tindakan itu. Jika kita terus berlembut, kita akan terus menjadi mangsa. Jangan haraplah dengan berlembut, mereka akan mengundi kerajaan sedia ada.
Insiden yang saya alami cukup jelas. Ultra kiasu tidak mahu ada sesiapa yang menghalang mereka. Mereka cepat-cepat akan mengambil tindakan. Wal hal artikel saya hanya mengingatkan umat Islam di Malaysia. Pihak berkuasa Singapura tidak perlu takut dan terasa.
Rupa-rupanya tidak. Mereka tidak ada sedikitpun unsur-unsur yang boleh menghalang perancangan mereka. Awal-awal lagi sudah dibenteras. Orang Melayu (Islam) yang belajar di sekolah kerajaan, tidak dibenarkan memakai tudung (menutup aurat). Umat Islam mesti akur dengan keputusan tersebut, suka atau tidak.
Jika berceramah, perkara yang tidak boleh disentuh adalah; polisi dan dasar kerajaan mereka tidak boleh dikritik, isu Israel tidak boleh disentuh, isu agama apatah lagi. Pendek kata, jika berceramah di Singapura, hanya boleh bercakap tajuk itu sahaja. Jangan unsur-unsur sindirin, hasutan dan sebagainya.
Berbeza sungguh demokrasi di negara kita dengan mereka. Kita terlalu memberi banyak kebebasan, sehingga ultra kiasu menjadi semakin berani. Sama ada itu tersebut sensitif atau tidak, semuanya dilanyak. Kerajaan terus berdiam diri. Jika pihak berkuasa cuba bertindak, maka dituduh melanggar hak asasi manusia. Kitapun mengalah.
Lihatlah bagaimana ultra kiasu membela wanita yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Pada mereka, itu tidak salah, malah dibenarkan. Sedangkan ultra kiasu tahu itu salah. Mereka begitu berani. Kenapa? Jawapannya, mudah, kerana adanya ultra kiasu menyebelahi mereka. Siapakah mereka? Itulah PKR. Saya harap PAS masih lagi rasional.
Contoh lain, titah YDPA baru-baru ini. Saya tidak nafikan, draf titah ucapan itu disediakan oleh kerajaan (UMNO). YDPA boleh, untuk tidak bersetuju dan mengubahnya. Itu adalah hak YDPA. Tetapi jika YDPA bersetuju, itu bermakna titah tersebut adalah titah YDPA. Rakyat perlu terima, walaupun tidak bersetuju.
Kenapa harus dipertikaikan? Bayangkan jika kerajaan PR yang memerintah. Teks yang sama akan disediakan PR dan dititahkan. Ketika itu, UMNO akan bantah, apakah reaksi PR? Saya ingin bertanya kepada PAS, siapakah yang mendrafkan titah ucapan sultan Kelantan selama ini? Siapakah yang memasukkan isu royalti minyak dalam titah tersebut?
Sebagai rakyat jelata, saya akan menerima titah tersebut, walaupun drafnya disediakan oleh PAS atau PKR. Kerana apa? Jawapan, Baginda Sultan telah bersetuju dengan titah tersebut. Maka hamba dengar dan hamba taat.
Kesimpulannya, janganlah kita asyik menuding jari kepada saudara seagama. Lihatlah sama musuh kita itu, kerana mereka lebih bahaya dari saudara seagama. - Dr Ridhuan Tee

No comments:
Post a Comment