Geng Bas Sekolah

June 7, 2013

Rakyat Temerloh Ditipu Pemimpin PAS


Memandangkan hari ini hari Jumaat, jadi adalah menjadi perkara WAJIB untuk kita menegakkan Kebenaran dan menghindarkan penipuan.

Seperti yang tertera diatas, jelas status kewangan Ahli Parlimen Temerloh hanya sebanyak RM 2,500 sebulan. Manakala simpanan dia ada hanya sebanyak RM 9,000.

Maka persoalan mengenai status sebenar kewangan Ahli Parlimen Temerloh ini masih lagi menjadi tanda tanya kepada rakyat. Mana dia dapat duit nak bagi pada rakyat?

Sebelum ini, kita dah paparkan kenyataan dari seorang penduduk di Temerloh yang mengadu kata dia telah didiskriminasikan oleh Ahli Parlimen Temerloh.

Lelaki India yang tampi membuat kenyataan itu sebelum ini jelas kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen tersebut yang disifatkan sebagai 'Berat Sebelah'.

Namun, dalam kenyataan balas yang diberikan oleh Ahli Parlimen berkenaan hanya dianggap satu penghinaan kepada penduduk yang terbabit.

Ahli Parlimen Temerloh itu telah menjelaskan bahawa dia dah pergi berkunjung ke 50 buah rumah yang terlibat dalam ribut yang melanda penduduk setempat.

Mereka menganggap kenyataan tersebut hanya satu pertuduhan yang mereka menipu sewaktu membuat kenyataan media dan berpiket sebelum ini.

Adakah itu maksud yang hendak disampaikan oleh Ahli Parlimen Temerloh itu sendiri sedangkan dia sering mendabik dada mengatakan yang dia seorang pejuang Islam?

Apa yang dipersoalkan ialah mengenai bantuan. Apa jenis bantuan yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen Temerloh tu sebenarnya? Adakah dia hanya pergi menziarah?

Adakah dia beri bantuan dari sudut simpati sahaja kepada mereka yang menjadi penyokong Barisan Nasional dan bantuan kewangan buat penyokong partinya sendiri?

Itu yang dipersoalkan. Jika dia memberikan bantuan kewangan, berapa banyak yang telah diberikan? Seratus, dua ratus, tiga ratus? Atau sekadar RM 50 bagi setiap rumah?

Andai kata dia bagi RM 100.00 untuk setiap rumah, bermakna Ahli Parlimen Temerloh tu memerlukan jumlah wang sebanyak RM 5,000. Adakah RM 100 tu mencukupi?

Sekarang, penduduk setempat mula mempertikaikan, berapa banyak jumlah yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen Temerloh tu kepada mereka yang terlibat. - Semut Hitam

3 comments:

MMI said...

Slm mohon di pautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

norm said...

tolong org yg suka kat ko sajer dan jgn tolong org yg benci kat ko

Anonymous said...

org menipu ..biasalah kerja dia menipu... org kena tipu lah yg bodooh sebenarnya...