Geng Bas Sekolah

June 9, 2013

Anwar Semakin Gila


KETIKA berceramah beberapa hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlangsung, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘berkhayal’ bagaimana majlis angkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan dijalankan.

Beliau berangan-angan ketika itu pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas akan memenangi pilihan raya tersebut.

Pada malam hari pengundian pula, Penasihat PKR itu terus bermain psikologi apabila menghantar mesej melalui twitternya mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan UMNO supaya tidak merampas apa yang disifatkan oleh beliau kemenangan pakatan pembangkang.

Ini hanya beberapa contoh sahaja bagaimana kemaruknya Anwar mahu menjadi Perdana Menteri.

Justeru tidak hairanlah apabila keputusan rasmi diumumkan, Anwar ‘meroyan’ dengan membuat tuduhan bahawa berlaku penipuan dalam proses pengundian.

Berikutan itu, beliau menggerakkan perhimpunan haram di seluruh negara bagi memprotes keputusan tersebut biar pun pembangkang mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor serta memenangi 89 kerusi Parlimen.

Baca selanjutnya di Pahangku

No comments: