Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
May 18, 2013
Karpal Singh Cuba Cuci Nama DAP
Karpal dikatakan telah membuat laporan polis terhadap rancangan PR yang mahu menumbangkan Kerajaan Malaysia. Tapi aku tak percaya pada kejujuran orang tua ni. Bagi aku, dia cuma nak bersihkan nama DAP dari rancangan ni. Sedangkan rakyat Malaysia tahu, kebanyakkan cina yang hadir bersama pakcik Anwar di Kelana Jaya dan membuat bantahan silent walk, mereka adalah ahli ahli dan penyokong DAP.
Jika sesuatu yang buruk berlaku akibat rancangan pakcik Anwar, maka dengan mudah pemimpin DAP melepaskan diri dengan menunjukkan laporan polis yang kononnya mereka tidak bersetuju dan tidak menyokong perbuatan pakcik Anwar.
Permainan politik DAP ni amat licik. Untuk sesuatu isu seperti isu Lynas, mereka tubuhkan NGO Anti Lynas. Sedangkan penyokong penyokong NGO itu juga adalah ahli dan penyokong DAP sendiri. Oleh itu, mereka dilihat seolah olah dua entiti yang berbeza sedangkan mereka semua adalah orang yang sama.
Dalam isu rusuhan mahu gulingkan Kerajaan Malaysia, DAP tidak menyatakan sokongan secara terang terangan sebaliknya dilakukan melalui media sosial. Mereka menggunakan orang mereka dialam siber untuk melakukan fitnah terhadap Kerajaan Malaysia. Mengapikan perkauman dan kononnya Kerajaan bertindak zalim dengan menaikkan harga barang. Sedangkan itu semua fitnah yang mereka cipta selari dengan rancangan pakcik Anwar mahu membuat rusuhan.
Semua ni politik. Buatlah berapa banyakpun report polis, perbuatan Karpal Singh tetap adalah langkah politik. Bezanya cuma sama ada langkah DAP ini setapak lebih dari pakcik Anwar atau sebaliknya, itu sahaja. Tetapi rasanya, yang akan terkena juga pakcik Anwarlah. Sebabnya walaupun dia cuba menunjuk pandai, tapi dia sebenarnya bodoh. DAP protes Kerajaan Malaysia tetapi melakukannya secara senyap senyap sedangkan pakcik Anwar membuat secara terbuka sehingga menyusahkan rakyat. Dan akhirnya pakcik Anwar sendiri yang dibenci rakyat Malaysia.
Bijaknya DAP berpolitik. Sedangkan PAS? PAS dah hancur sebenarnya selepas pilihanraya hari itu. Cuma Hj Hadi je masih berlagak tunjuk kuat sedangkan dia sendiri tahu PAS dah kalah kepada DAP dan PKR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment