Pilihanraya sudahpun berlalu. Kerajaan sudahpun dibentuk dan Menteri sudah dilantik. Sekarang sudah tiba masa untuk membuat kerja. Antara kerja yang perlu dijalankan segera adalah membanteras jenayah. Sejak akhir akhir ini begitu banyak kes melibatkan penggunaan senjata api. Sudah ramai yang mati ditembak sehinggakan Timb Ketua Kastam juga ditembak mati di Putrajaya.
Sedangkan sebelum ini laporan pihak polis mengatakan index jenayah menurun. Bagaimana pula begitu banyak kes bunuh dilaporkan sekarang ? Itu belum dicampur dengan kes rompak, pecah rumah, ragut, rogol dan lain lain.
Ada seorang blogger yang merupakan bekas pengarang akhbar berkata, laporan polis itu tidak lain hanyalah untuk mengurangkan kebimbangan rakyat sedangkan realitinya index jenayah tidak pernah menurun sebaliknya meningkat. Sejauh mana kebenaran kata katanya, aku tak dapat nak pastikan. Tapi mungkin benar apa yang beliau katakan itu.
Selain masalah senjata api, kehadiran pendatang asing yang begitu banyak amat membimbangkan. Kehadiran pendatang asing ini boleh dilihat dimana mana sahaja. Warga asing ini bukan saja terbabit dengan kegiatan tidak bermoral, malah mereka juga bebas berniaga tanpa takut ditangkap dan bersikap biadap dengan rakyat tempatan.
Ada juga yang berkata, warga asing China turut digunakan untuk mengundi parti pembangkang baru baru ini. Namun pihak pembangkang menutup isu ini dengan mengalihkan perhatian rakyat kononnya wujud pengundi Bangla datang untuk mengundi BN.
Kehadiran warga China yang menyokong pembangkang tidak mustahil kerana kegiatan mereka didalangi oleh kongsi gelap dan ahli politik tertentu. Selain itu, lambakan barang tiruan di Petaling Street juga adalah didalangi pihak kongsi gelap sehinggakan pihak berkuasa tidak mampu berbuat apa apa. Walaupun pihak berkuasa seperti DBKL dan Polis ada meronda tetapi hanya itu sajalah tindakan mereka. Mereka tidak berani untuk menangkap warga asing dan merampas barang barang tiruan disana.
Lihatlah juga lambakan pekerja asing dipremis premis perniagaan di pusat membeli belah. Semua ini melibatkan kongsi gelap dan ahli politik tertentu dan membuatkan mereka seolah olah kebal dari tindakan undang undang.
Justeru itu, aku amat harapkan sebarang tindakan tegas daripada Kerajaan khususnya dari Menteri KDN yang baru ini. Jalankan tanggungjawap dengan telus. Jalankan lebih banyak operasi untuk membanteras jenayah dan lambakan warga asing. Pertahankan kedaulatan undang undang negara. Jika masalah ini masih dibiarkan berlarutan, rakyat akan semakin resah dan bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga.
1 comment:
Tanya paklah dan hishamkerismudian apa dia buat sebagai menteri KDN dulu..nampak lembik tepi bab .....
Post a Comment