Geng Bas Sekolah

April 30, 2013

Penganut Parti Ajaran Sesat Mengamuk


Bendahari Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), A. Sivarajan mendakwa bilik gerakan parti tersebut di Kota Damansara telah 'diserang' oleh beberapa penyokong Pas, semalam.

Menurutnya, beliau yakin tiga individu yang hadir di bilik gerakan mereka itu merupakan penyokong Pas.

"Kira-kira pukul 2.20 petang ini, sewaktu saya berada di lokasi kejadian, tiga lelaki lengkap berpakaian baju T Pas menjerit ke arah kami menuduh kami menurunkan bendera parti mereka.

"Mereka menjerit dan meminta nombor telefon pengerusi kami, Dr. Nasir Hashim dan nombor beberapa anggota kami yang lain," katanya seperti dipetik daripada portal berita www.mole.my.

Sivarajan menambah, pihaknya mengarahkan kumpulan berkenaan membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya membuat bising di bilik gerakan mereka.

"Ketiga-tiga individu berkenaan kemudian mula mengambil beberapa keping gambar bilik gerakan kami sebelum beredar menaiki dua buah kereta dan sebuah motosikal," katanya.

Jelas beliau lagi, ini bukannya kejadian pertama sebaliknya yang kedua sejak hari penamaan 20 April lalu, selepas Pas mengumumkan akan meletakkan calon mereka di Kota Damansara.

Hahaha sah ler puak PAS dah semakin tertekan. Sudahlah pemimpin agung mereka sendiri dah nyanyuk. Ramai pula ulama menolak mereka. Inilah bala akibat berkawan dengan syaitan sepertimana yang dianjurkan oleh pemimpin agung mereka.

No comments: