Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
April 30, 2013
Wong Tak Cina Penipu !
Selama ini, DAP cuba menggambarkan imej parti mereka sebagai bersih, berintegriti, cekap, bijak dan prihatin bukan sahaja terhadap rakyat, tetapi juga alam sekitar. DAP juga dianggap ‘juara’ dalam menentang kilang Lynas di Kuantan, kerana kononnya ia mencemarkan alam sekitar dan membahayakan binatang dan manusia.
Melalui sebuah organisasi yang digelar Himpunan Hijau, DAP telah mengadakan demonstrasi termasuk kempen dengan cara mogok lapar dan berjalan kaki sebelum ini.
Tidak cukup dengan itu, DAP juga menggunakan semua media-media berbahasa Cina dan juga media milik pembangkang untuk menyeru rakyat agar menentang Lynas.
Namun, akhir-akhir ini penentangan terhadap Lynas telah tidak kedengaran lagi. Nak pulak apabila mahkamah menolak injuksi yang telah dibuat sebelum ini.
Malah dalam beberapa ceramah pembangkang, pemimpin mereka sendiri seolah-olah memberi isyarat yang Lynas akan dibenarkan beroperasi jika PR menang.
Apa yang lebih mengejutkan, watak ‘hero alam sekitar’ dalam isu Lynas, iaitu Wong Tak, kini terdedah sebagai seorang ‘Perogol Alam Sekitar’.
Bagi yang tak mengenali Wong Tak, dia merupakan seorang usahawan kelapa sawit di Sabah yang memiliki 1,000 ekar tanah milik keluarganya melalui syarikat Marvelous Resources.
Syarikat tersebut juga pernah menerima amaran dari Pertubuhan Antarabangsa kerana gagal menepati syarat dari segi penggunaan racun 'Sintetik'.
Racun tersebut katanya mempunyai kesan buruk dan mampu menyebabkan pencemaran alam sekitar serta menganggu hidupan.
Dalam membela diri, Wong Tack menafikan bahawa beliau menggunakan sebarang bahan kimia merbahaya di dalam ladangnya.
Namun, penafian lisan tersebut masih belum cukup untuk meyakinkan orang ramai. Kata Wong Tak, perkara itu tidak pernah disembunyikan sebelum ini.
Kononnya, kata dia, hakikat pemilikan ladang tersebut diketahui umum sedangkan pemilik ladang kelapa sawit rata-ratanya langsung tidak tahu mengenainya. Menurut mereka, laporan mengenai pemilikan ladang yang begitu luas oleh Wong Tak sebenarnya adalah berita yang mengejutkan bagi mereka.
Jika benar beliau tiada apa-apa untuk disembunyikan, kenapakah tiada siapa yang tahu mengenainya? Apa yang dia takutkan sangat?
Nampaknya, setelah Pakatan sendiri terbukti sebagai hipokrit dalam isu alam sekitar di terutama dalam isu Lynas, kini, hero alam sekitar mereka juga turut terbukti sebagai hipokrit tahap pertama kerana beliau sendiri rupanya seorang Perogol Alam Sekitar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment