Geng Bas Sekolah

April 12, 2013

Mustafa Ali Dimalukan Anwar Ibrahim


Sejak akhir akhir ini, banyak video lucah melibatkan tokoh pembangkang telah terbongkar. Dalam isu ini, aku tak melihat ianya dirakam oleh orang UMNO sebaliknya ianya adalah rancangan puak PR sendiri yang sedang bertelagah sesama sendiri.

Semua orang tahu, walaupun parti pembangkang dikatakan bergabung didalam satu gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat, tetapi rakyat tahu mereka sebenarnya sememangnya tidak benar benar bersatu. Setiap parti politik ini mempunyai idealogi yang berbeza. PAS dengan hikayat hudud dan mahukan Hj hadi menjadi PM. DAP pula memperjuangan konsep Malaysian Malaysia dan mahu hak orang melayu dan agama islam dihapuskan. Manakala PKR pula mahu berkuasa dengan cara liberal dan mengangkat pakcik Anwar sebagai PM.

Dengan tiga idealogi yang berbeza, bagaimana mereka mahu bersatu didalam satu gabungan? Oleh kerana itulah walaupun secara luaran tidak kelihatan riak riak pergaduhan, tetapi diperingkat dalaman, pertengkaran panas memang sedang berlangsung. Setiap pemimpin didalam PR sudahpun mengerahkan pengikut pengikut setia mereka untuk melakukan sabotaj kepada pesaing masing masing. Kerana itulah satu persatu video lucah melibatkan pemimpin PR mula diedarkan.

Video pertama melibatkan pakcik Anwar dengan Chinadoll. Dan kemudian pakcik Anwar dengan seorang budak lelaki. Dan sekarang muncul pula Mustaffa Ali, Setiausaha Agung PAS. Mungkin selepas ini akan muncul pula video melibat pemimpin DAP pula. Sama samalah kita tunggu...

No comments: