Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
April 12, 2013
Masalah Air - Fuziah Kegersangan Menjelang PRU
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan tindakan pihak pembangkang yang memainkan isu gangguan bekalan air di daerah ini bermotifkan politik dan mencari publisiti murahan.
Katanya isu tersebut sengaja digembar-gembur oleh Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketandusan isu dan mulai sedar bahawa rakyat kini menolaknya.
"Saya tak nampak ia (masalah air) perlu digembar-gemburkan kerana enjin pam rosak apa nak buat. Sama seperti apabila kita memandu kereta rosak, tak kan nak salahkan pemandu pula.
"Bila masalah air berlaku, saya juga mengalaminya. Tidak mungkin kerajaan sengaja mahu menyusahkan rakyat terutama dekat-dekat Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.
Mengulas lanjut Adnan berkata masalah bekalan air yang berlaku minggu lalu itu bukan disebabkan ketidakcekapan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) atau salah kerajaan, tetapi kerana salah satu daripada tujuh pam di Rumah Pam Sungai Kobat rosak.
Katanya sebelum ini tujuh pam tersebut berfungsi dengan baik bagi membekalkan air kepada kira-kira 500,000 penduduk tetapi satu daripada enjin pam tersebut rosak dan menyebabkan bekalan air yang dipam ke loji penapisan di Semambu berkurangan.
Baca selanjutnya di PahangKu
Inilah dia perangai makcik Fuziah. Taulah dia dah tak laku di Kuantan tu malah ditendang pakcik Anwar sendiri. Tapi jangan sampai nak memfitnah orang lain pulak. Sampaikan pam air rosakpun, makcik Fuziah nak fitnah kerajaan. Agak agaklah. Jangan sampai kena hempuk kepala tu dengan pam air tu kang, tak pasal pasal je nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment