Geng Bas Sekolah

April 20, 2013

Calon PKR Paya Besar Ditolak Puak PKR


Kemelut yang melanda PKR di Pahang ni masih lagi tak dapat diselesaikan rupanya. Masih bergolak tak tentu arah. Nak pulak bila Ketua Umum PKR tu buat pengumuman yang dibantah secara terang - terangan oleh orang tempatan. Termasuk dikalangan ahli PKR sendiri.

Disebabkan pengumuman tersebut telah membuatkan Ketua Cabang PKR dan Ketua AMK Paya Besar mengambil langkah drastik untuk bertanding Bebas.

Dan perkara itu menjadi kenyataan apabila calon PKR Paya Besar terpaksa berentap menentang calon Barisan Nasional dan Ketua Cabang Paya Besar sendiri.

Sekarang mana pulak calon PKR, Hidayah Murni tu nak cari jentera untuk berkempen, menampal poster dan buat ceramah? Takkan dia nak buat kerja ni sorang - sorangkan.

Tambahan pula bila Ketua Cabang dan Ketua AMK pun turut bertanding bagi kawasan Parlimen serta kerusi Dewan Undangan Negeri. Dah tentu seluruh jentera PKR Paya Besar akan turun dan membantu Ketua Cabang mereka sendiri.

Takkan pulak diorang nak tolong orang luar macam Hidayah Murni tu. Jadi, memang dapat disimpulkan bahawa kemungkinan besar calon PKR Paya Besar akan bawak turun orang luar akan menjadi satu realiti.

Sudahlah calon PKR ni orang luar. Jentera pun orang luar juga. Silap silap mengundipun nanti terpaksa import pengundi hantu. Yelah orang Paya Besar sendiri takkan sokong orang luar. Apatahlagi calon tempatan sendiri ada bertanding. Sudah tentu mereka menyokong orang kampung sendiri kan.

3 comments:

Anonymous said...

PKR DAH TAKDE CALON YG MANTAP BROO...SEMUA PAKAI TIMBANG KATI PUNYE..CALON MACAM 2008 GAK..CUMA KALI NI LG TERUK CALON MACAM ROJAK..KEHKEHKEH

Anonymous said...

KALI NI CALON PKR LAGI TERUK DR 2008 BROO...KLU DULU PAKAI BIDAN TERJUN...KALI NI CALON ROJAK!...KEHKEHKEH

Anonymous said...

mari kita baca pesanan dari Umat Terakhir

Nota Panel: Untuk kali ini, buatlah kerana Allah

http://umat-akhir.blogspot.com/2013/04/nota-panel-untuk-kali-ini-buatlah.html

-posman-