Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
April 20, 2013
Kamilia Terkena Buatan Orang ?
Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon Bebas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu, Kamilia membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Beliau yang pada mulanya disangka tiba untuk memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), dilihat memasuki pusat penamaan calon Parlimen Kuala Kangsar di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.
Kamilia akan menentang calon (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr. Khalil Idham Lim daripada PAS.
Bila syaitan menghasut jiwa, macam inilah jadinya. Sifat tamak tu memang sentiasa ada dalam diri anak Adam. Tak apalah. Biarkan je lah makcik Kamilia ni bertanding. Lepas ni bila dia kalah, jangan pelik pula dia akan masuk PR. Dah memang begitu tabiat manusia. Sentiasa tak pernah merasa puas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment