Geng Bas Sekolah

March 20, 2013

Lanun Kiram Wajib Dipenggal Leher


Jamalul Kiram III, ketua lanun Sulu telah mengarahkan lanun-lanun Sulu agar meneruskan serangan dan melakukan kekacauan di Sabah. Walaupun angkatan tentera Malaysia, Filipina dan Indonesia memperkemaskan kerjasama dan mula menyekat keluar masuk lanun-lanun Sulu, nampaknya mereka masih mahu bercakap besar dan bermegah-megah kononnya Amerika Syarikat berada di belakang mereka dengan Anwar Ibrahim sebagai dalangnya untuk Asia Tenggara membabitkan Malaysia.

Amerika Syarikat sedang mengintai dan mencari-cari tempat untuk membina penempatan serta pangkalan tentera laut serta udara bagi menyaingi dan mengawasi China yang sekarang merupakan penjual dan pedagang senjata ketiga terbesar dunia selepas Amerika Syarikat dan Russia.

Selepas penutupan Pangkalan Laut Teluk Subic dan Pangkalan Udara Clarke di Filipina, Amerika Syarikat amat memerlukan sebuah kawasan seperti Sabah untuk pangkalan tentera mereka.

Jamalul Kiram III telah 'tersalah cakap' bahawa lanun-lanun Sulunya akan melakukan serangan secara besar-besaran sebaik-baik sahaja Amerika Syarikat sudi menurunkan bala tentera mereka sebagai bantuan. Bagaimanapun, dengan kerjasama angkatan tentera Malaysia-Filipina-Indonesia, laluan untuk lanun-lanun Sulu itu hidup dengan selamat sudah tertutup melainkan mereka menyerah diri dan meletakkan senjata.

Kepala lanun Sulu itu mengarahkan agar serangan dilakukan secara perang gerila. Sesuatu yang sebenarnya amat dimahiri oleh angkatan tentera Malaysia.

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memerangi pengganas komunis dengan kaedah perang gerila. Bahkan Amerika Syarikat sendiri pun, terpaksa belajar daripada Malaysia taktik peperangan berkenaan walaupun pada suatu peringkat Amerika Syarikat 'tidak berpuas hati' kerana Malaysia enggan mengajar sepenuhnya kaedah berkenaan.

Jamalul Kiram III, Nur Misuari dan lanun-lanun Sulu itu telah bertahun-tahun berperang menentang tentera Filipina. Mereka tidak pernah berjaya, sebaliknya MNLF pula telah berpecah menjadi kumpulan yang lebih kecil dan saling bertempur sesama sendiri.

Nur Misuari yang buta kayu dan buta sejarah, tidak mampu mengakui bahawa Kesultanan Sulu yang dibangga-banggakannya sudah tidak wujud lagi. Tuntutan lanun-lanun Sulu itu terhadap Sabah, sebenarnya tidak lebih daripada tuntutan penjahat yang buta huruf dan enggan menerima hakikat, mereka hanyalah segerombolan lanun yang tidak mempunyai keupayaan tetapi kuat nafsunya.

Ancaman Kiram itu pastinya dipandang berat oleh pihak berkuasa Malaysia. Pastinya, sebelum mereka mula melancarkan peperangan gerila, tentera dan polis Malaysia akan terlebih dahulu akan memburu mereka sehingga ke lubang cacing sebagaimana yang dilakukan terhadap pengganas komunis sehingga Chin Peng pun tak berani nak masuk ke Malaysia lagi, sebaliknya hanya menjerit-jerit dari Thailand dan China dengan menggunakan para pemimpin PKR, DAP dan Mat Sabu-PAS!!!

1 comment:

Anonymous said...

TAKDE PELUANG KE 2 LG BROO..KITA DH CUKUP BERLEMBUT TP DIORANG YG PIJAK KEPALE...HARKKK PTUIHH KEHKEHKEH