Geng Bas Sekolah

March 20, 2013

GTP Najib Lebih Baik Dari Buku Jingay Anwar


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam ini buat kali ketiganya membentangkan laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2010 sejak dilancarkan pada 28 Januari 2010.

Pembentangan malam ini khusus untuk laporan hasil kejayaan GTP bagi tahun 2012.

Program Transformasi Kerajaan yang mempunyai tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan telah pun memasuki tahun keempat tahun ini diakui banyak memberikan manfaat kepada rakyat pelbagai lapisan terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana

Tujuh NKRA yang terkandung di dalam GTP itu ialah mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang pendidikan dan meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.

Selain itu, turut menjadi pengisian kepada program tersebut ialah meningkatkan infrastruktur asas luar bandar, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan terbaharu menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tidak dinafikan rakyat benar-benar merasai kesan daripada perlaksanaan GTP itu secara langsung apatah lagi tujuh NKRA yang terkandung di dalam program berkenaan sememangnya disasarkan kepada mereka.

Sebagai contoh, inisiatif terbaharu dalam (NKRA) yang dilancarkan dua tahun lalu iaitu berkaitan dengan usaha memerangi kos kehidupan yang kian meningkat.

Inisiatif tersebut telah mendapat respons yang amat positif daripada rakyat.

Di bawah inisiatif berkenaan, kerajaan menyediakan khidmat perubatan serta bantuan kewangan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan pelajar.

Antaranya, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 secara 'one-off' kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dan Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) kepada penuntut institusi pengajian tinggi tempatan.

Usaha memerangi kos kehidupan yang kian meningkat diteruskan lagi dengan memberikan bantuan perubatan melalui Klinik 1Malaysia, pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Menu Rakyat 1Malaysia.

Perdana Menteri juga tidak lupa dengan masalah pemilikan rumah pertama untuk rakyat berpendapatan sederhana apabila beliau memperkenalkan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) bagi membantu golongan tersebut memiliki rumah sendiri.

Selain menangani masalah kos sara hidup, NKRA mengurangkan jenayah juga turut menunjukkan kejayaan apabila jumlah kes yang dicatatkan pada tahun lepas berjaya diturunkan sebanyak 4,320 kes berbanding tahun sebelumnya.

Malah, penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilancarkan Perdana Menteri, Februari lalu dilihat mampu menurunkan lagi kadar jenayah di negara ini.

Dengan menggunakan motosikal jenis Kawasaki Ninja 250, URB dilaksanakan dengan kaedah 'buddy system' atau rondaan berdua secara tiga syif selama 24 jam di kawasan-kawasan perumahan serta lokasi sibuk seperti tempat perniagaan, taman rekreasi, perindustrian dan sekolah.

Motosikal tersebut juga dilengkapi dengan lampu siren serta alat perhubungan bagi memudahkan tugasan membanteras jenayah.

Ringkasnya, tujuh NKRA di bawah GTP benar-benar memberikan kesan positif kepada kehidupan rakyat.

Selain itu, kejayaan GTP memberikan kesejahteraan kepada rakyat turut diakui oleh pihak antarabangsa, antaranya pengasas Transparency International, Michael J. Hershman.

Di dalam Laporan Tahun GTP 2011, beliau yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Penilaian Prestasi Antarabangsa (IPR) telah menyatakan GTP berjaya membawa perubahan besar kepada negara ini.

Katanya, perubahan besar itu adalah hasil penglibatan dan akauntabiliti pemimpin peringkat tertinggi serta tumpuan sepenuhnya dalam memastikan setiap matlamat memberikan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat.

Selain itu kata Michael, program tersebut merupakan satu pendekatan yang mengkagumkan apabila usaha mentransformasi kerajaan benar-benar diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

"Program Transformasi Kerajaan membantu menaikkan penjenamaan dan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Proses transformasi tersebut telah menarik perhatian banyak negara di dunia,'' kata Michael dalam buku laporan berkenaan.

No comments: