Geng Bas Sekolah

March 19, 2013

DAP Bentong Anti Wong Tack


 1. Himpunan Hijau sebelum ini menafikan didalangi oleh mana-mana parti politik tetapi kini Presiden Himpuan Hijau itu telah diistihar sebagai calon Parlimen Bentong. Menunjukkan Himpunan Hijau dan Anti Lynas adalah bermotif politik sejak dari awal lagi.

2.Wong Tack belum meletak jawatan sebagai Presiden Himpunan Hijau, beliau perlu meletakkan jawatan dengan segera kerana Himpunan Hijau dianggap sebuah NGO bebas yang tidak dikuasai mana-mana ideologi politik parti.

3.Wong Tack sebelum ini menentang Projek Lynas dan sanggup membakar kilang itu jika terus beroperasi, kini menyatakan kesediaan membenarkan operasi kilang nadir bumi itu jika disahkan selamat.

4. Pendirian Wong Tack berubah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengubah pendirian ketika bercakap kepada portal berita The Sydney Morning Herald (SMH), beliau sedia menyokong operasi kilang itu sekiranya siasatan awam mengesahkan operasi kilang tersebut benar-benar selamat.

5. Pendirian Wong Tack berubah mengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan segala demontrasi anti Lynas yang diadakan di merata tempat dan berbulan-bulan lamanya serta mengadakan bantahan dengan  berjalan kaki menuju Parlimen adalah sia-sia sahaja.

6. Wong Tack mempunyai ramai pengikut dan penyokong di Parlimen Kuantan tetapi kenapa beliau mahu bertanding di Parlimen Bentong?.

7.Berkemungkinan Wong Tack tidak mahu bertanding di Kuantan kerana beliau selama ini telah banyak menipu penduduk Kuantan kononnya Lynas tidak selamat dan mengancam keselamatan penduduk.

8.Wong Tack akan bertanding atas tiket DAP di Parlimen Bentong, ini bermakna DAP merampas kerusi Parlimen Bentong daripada PKR. (Untuk rekod: Pada PRU ke 12, BN yang diwakili YB. Liow Tiong Lai menang dengan majoriti 12,549 mengalahkan PKR yang diwakil oleh Ponusamy A/L Govindasamy).

9. Lim Guan Eng telah mengumumkan nama Wong Tack sebagai calon Parlimen Bentong, perkara ini amatlah mengejutkan dan adakah keputusan ini diterima sebulat suara oleh pakatan pembangkang yang lain?.

10. Sebelum ini diwar-warkan DAP akan meletakkan YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang) sebagai calon Parlimen Bentong namun kini Wong Tack seolah-olah telah merampasnya. Sedangkan YB Leong Ngah Ngah yang lebih banyak turun padang dan berceramah di Bentong.

Sumber : PahangKu

No comments: