Geng Bas Sekolah

March 26, 2013

Anwar Sama Gomo Bukti Pengecut


Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman media arus perdana dan terbaharu, pemilik blog Papagomo jelas menunjukkan pembangkang tidak memperjuangkan kebebasan media seperti yang dilaungkan selama ini.

Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain Taib menyifatkan pakatan pembangkang sekadar mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan kebebasan media.

"Jika sebelum ini mereka mendakwa kerajaan tidak mengamalkan kebebasan media, namun yang terjadi adalah sebaliknya.

"Sebenarnya lebih banyak media arus perdana dan penulis blog yang disaman berbanding media milik pembangkang seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket yang ketara memfitnah pemimpin kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Anwar memfailkan saman terhadap pemilik laman blog, Papagomo yang didakwa menyiarkan perkataan dan imej berunsur fitnah dengan mengaitkan Ketua Pembangkang itu dalam video seks sejenis dengan seorang lelaki.

Walaupun tiada jumlah tuntutan ganti rugi yang dinyatakan dalam saman tersebut, Peguam N. Surendran yang mewakili Anwar memberitahu pemberita, pihaknya menuntut ganti rugi RM100 juta daripada pemilik blog itu yang dinamakan sebagai defendan.

Dzulkarnain turut mengandaikan sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13, masa depan organisasi media negara akan menjadi malap dan gelap berikutan saluran maklumat kepada rakyat tidak dapat disalurkan dengan cara yang berkesan.

"Walaupun secara lisan pakatan pembangkang menjanjikan sesuatu yang menarik kepada pengamal media, secara amalinya ia bertentangan dengan apa yang dijanjikan,"

2 comments:

Anonymous said...

POKCIK NUAR BIKIN KLAKAR LER BROO..MINTAK ORANG HORMAT HAK KEBEBASAN ORANG LAIN TP DIA TAK PLAK NAK HORMAT KEBEBASAN HAK ORG LAIN..KEPALE EMBAH DIA LERR KEHKEHKEHKEH

Anonymous said...

macam2 lah kau org ni. dah nama pun kaki putar@pemfitnah. kau org buat fitnah pastu kalau anuar tak saman balik berkokok kata semua tuduhan adalah benar kerana anuar tak berani nak saman. dasar pembelit, kena batang idung mula pusing citer. hentikan aja kau punya auta. duduk zikir taubat lagi banyak faedah.