Geng Bas Sekolah

March 28, 2013

Filipina Tuntut Sabah Melalui Kiram !


Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengingatkan agensi-agensi kerajaan di negara ini berhubung arahan supaya tidak merujuk Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia.

Jurucakap jabatan itu, Raul Hernandez berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Istana Malacanang melalui Memorandum 162 bertarikh 20 Ogos 2008 bertajuk Garis Panduan berhubung Utara Borneo (Sabah).

''Memorandum itu dikeluarkan kepada semua jabatan kerajaan berhubung tindakan atau kenyataan sama ada secara langsung atau tidak tentang pengiktirafan kedaulatan negara asing ke atas Sabah yang merupakan jajahan Filipina,'' katanya.

Beliau memberi penjelasan berhubung memorandum itu yang dikeluarkan oleh Setiausaha Eksekutif ketika itu, Eduardo Ermita atas arahan Presiden ketika itu, Gloria Macapagal-Arroyo selepas isu tersebut dibangkitkan semasa perbincangan pada Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Alam Nasional, semalam.

Filipina sentiasa mengekalkan hak undang-undang dan sejarah ke atas Sabah.

Hernandez berkata, memorandum itu dikeluarkan ekoran keperluan garis panduan berhubung aktiviti, tindakan dan kenyataan berkaitan Sabah untuk melindungi hak Filipina.

''Memorandum sedia ada itu tidak pernah dipinda atau diubah setakat ini,'' katanya.

Memorandum itu memperuntukkan bahawa 'Tiada jabatan, agensi kerajaan Filipina boleh membuat sebarang tindakan atau kenyataan bagi melahirkan atau membayangkan secara langsung atau tidak, sebarang pengiktirafan kedaulatan negara asing ke atas Borneo Utara (Sabah) atau menolak hak sejarah dan perundangan Filipina ke atas negeri itu'. - Agensi

1 comment:

Anonymous said...

KEHKEHKEH DIORANG TAKDE ASAS NAK TUNTUT BALIK..KLU BUAT REFERENDUM PUN RAKYAT SABAH TETAP PILIH TAK NAK BALIK SEMULA...BUAT HAPE BERSULTANKAN SETAN KIRAM..TAHAP DIA MACAI CEBOK BERAK ANUWAR JEK HUHUHU