Geng Bas Sekolah

December 4, 2012

Jasa PAS Hanya Menghancurkan Umat Islam


 "Dalam ucapan pemimpin UMNO(semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa UMNO selama ini. Apakah UMNO sahaja yang berjasa? semacam UMNO sahaja yang berjasa."

"Pas di Kelantan pun banyak jasa," itu kata Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan yang paling banyak menabur jasa air liur untuk rakyat Kelantan.

Nik Aziz yang baru sahaja sedikit sihat selepas terkena serangan jantung nampaknya tidak dapat menahan diri dari membuka mulut apabila Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak bercakap perihal jasa dan khidmat bakti UMNO dan BN kepada rakyat.

Marah benar Nik Aziz bila jasa dan bakti UMNO menjadi sebutan ramai, tambah membara kemarahannya bila sekelumit zarah pun orang ramai tak berminat memperkatakan jasa PAS untuk agama, bangsa dan negara.

Nak buat macam mana? Dulu hingga sekarang rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu Islam sudah lama tercari-cari apa bagusnya PAS berbanding UMNO, namun tak ketemui kecuali yang banyak kelihatan ialah ceramah politik sambil meminta derma dari rakyat, itu sahaja.

Baca selanjutnya di Pahangku.com

PAS dari dulu sehingga sekarang, gagal membela umat islam di negara ini. Ini kerana cita cita PAS hanya mengejar kuasa politik di atas dunia berbanding menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat. Kalau nak dibandingkan PAS dengan Al Arqam yang telah diharamkan dahulu, minta maaflah, bagi aku Al Arqam dahulu lebih baik aripada PAS sekarang.

Al Arqam sebelum percaya kepada tarekat sesat, mereka telah berjaya mengajar masyarakat islam tentang etika pakaian islam. Kerana mereka, muncullah wanita wanita yang berpakaian sopan dan bertudung. Al Arqam juga berjaya mendirikan kuasa ekonomi untuk orang islam melalui perniagaan dan pembuatan makanan halal.



Sejak zaman kanak kanak, aku sering membeli majalah dan komik komik islam yang dijual oleh orang Arqam. Secara jujur, tiada langsung cerita tentang kehebatan Al Arqam ataupun Abuya didalam majalah mereka sebaliknya hanya cerita cerita mengenai kemuliaan islam, cerita para nabi dan sahabat. Bagi aku, inilah cara terbaik Al Arqam untuk menarik perhatian masyarakat kepada islam. (Ini adalah sebelum Al Aqram bertukar kepada tarekat Aurad Muhammadiah)

Sedangkan PAS, melalui Harakah hanya menceritakan cerita cerita politik kepartian yang memualkan. Cerita cerita fitnah, cerita tentang pemimpin politik. Tiada langsung cerita cerita mengenai islam, cerita cerita mengajar kepada kebaikan. Kalau adapun ianya diselitkan dengan kehebatan parti politik PAS dan pemimpin mereka.

Kerana itulah PAS langsung tidak boleh memimpin umat islam di negara ni. Kalau PAS masih meneruskan budaya seperti sekarang, tak mustahil PAS juga akan tersungkur seperti Al Arqam kerana tersilap langkah dengan mengejar kuasa politik duniawi.

1 comment:

Anonymous said...

POKCIK NUAR DGN WALLY SLIPAU SEBIJIK JEK BROO..SAMA2 GADAI ISLAM KAT KEDAI PAJAK DAP..DPT KEUNTUNGN TAK SEBRAPA TP KESAN JANGKA PANJANG DIORANG TAK PIKIR PON!..FUCKATAN NAK KEJAR PUTRAJAYA JEK KEHKEHKEHKEH