Geng Bas Sekolah

November 5, 2012

Nurul Izzah Menyokong Murtad Dan LGBT


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam.

“Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya ketika menjadi panel forum 'Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini.

Izzah turut mempertikaikan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa di negara ini dalam menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut. Menyifatkannya sebagai tidak menghormati privasi seseorang, tindakan tersebut juga katanya tidak membawa  sebarang nilai Islam.

“Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini.

“Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima (LGBT). Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini.


Anak papa. Siapa tak kenal dengan kak Izzah ni. Demi politik, demi harta dunia, sanggup buat apa saja walaupun melanggar batas batas agama. Takpe kita lihat pula reaksi puak PAS.

Tapi aku yakin dorang tak akan cakap apa apa. Paling kurangpun dorang akan keluarkan kenyataan hal PKR hal sendiri, tidak berkaitan dengan PAS. Macam kes pakcik Anwar menyokong Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal, elok je Datuk Harun Din cakap ''Itu tindakan dia (Anwar) sendiri. Anwar pun ada caranya. Dia pun tak tubuhkan parti Islam, dia tubuhkan parti Keadilan (Parti Keadilan Rakyat-PKR). Tak apalah itu pandangan politik dia". (klik sini)

Tak ada pulak dia suruh pakcik Anwar bertaubat, tergelincir akidah, kafir dan sebagainya. Kalau orang UMNO cakap macam ni, sah sampai liang lahad dorang akan mengata. Biasalah PAS. Bukannya ikhlas berjuang untuk Allah s.w.t

1 comment:

Anonymous said...

Ini budak sudah rosak otak...