Geng Bas Sekolah

October 9, 2012

PAS Malu Nak Mengaku Sokong Anwar Hina Islam


Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din (gambar) meminta mana-mana pihak tidak mengaitkan Pas dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal.

Beliau yang dipetik dari sebuah portal berita AntaraPos.com menegaskan demikian ekoran kenyataan Mobashar yang didakwa meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sesebuah negara ketika majlis itu di ibu negara, baru-baru ini.

Haron ketika dihubungi portal berita berkenaan turut meminta semua pihak agar tidak menganggap tindakan Ketua Pembangkang itu yang seakan-akan bersekongkol dengan individu seperti Mobashar sebagai sesuatu yang direstui Pas.

''Itu tindakan dia (Anwar) sendiri. Anwar pun ada caranya. Dia pun tak tubuhkan parti Islam, dia tubuhkan parti Keadilan (Parti Keadilan Rakyat-PKR). Tak apalah itu pandangan politik dia.


Hohoho bila kena pada geng sendiri, semua takpe. Tak kiralah geng dia tu hina islam ke, sokong yahudi dengan nasrani ke. Jawapan nak cover malu senang je. "Itu cara dia sendiri, pandangan dia takde kena mengena dengan parti, dia tak tubuhkan parti islam, bla bla bla.."

Cukup senang nak lari daripada masalah. Kenapa pula Datuk Dr. Haron Din malu nak mengaku? Kalau dah geng tu, tetap geng lah. Tak kiralah pakcik Anwar buat apa, dorang ni semua tetap terlibat sama.

Cuba bayangkan kalau MCA, MIC buat benda buruk, dorang akan tetap cakap UMNO yang jahat, UMNO yang buat. Tapi bila geng dorang buat jahat, pandai pulak dorang taknak mengaku. Nampak tak permainan jahat dorang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: