Geng Bas Sekolah

October 9, 2012

Kezaliman PAS Memfitnah Umat Islam


1. Dalam negara yang berbilang kaum dan agama, penggunaan isu agama secara berlebihan untuk meraih sokongan politik boleh membawa kepada ketidakstabilan kepada keamanan negara. Sejarah menunjukkan Pas telah lama menggunakan agama untuk menarik sokongan penganut agama Islam kepadanya. Selama beberapa dekad yang lalu umat Islam di negara ini, khususnya orang Melayu, mengalami perpecahan yang sangat hebat.

2. Daripada mengkafirkan orang UMNO,solat dua imam, haram memakan sembelihan orang UMNO sehinggalah kepada perkara-perkara peribadi menjadi bahan Pas menghasut umat Islam membenci pemimpin Islam dari UMNO. Kemuncaknya ialah peristiwa hitam di Memali, Kedah.

3. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang tidak enak dengan strategi Pas ini. Beberapa tahun lalu di Selangor,  Pas mengambil kesempatan memainkan emosi orang Islam atas keputusan kerajaan negeri mengambalikan tapak surau sementara Pangsapuri Jubli Perak kepada PKNS.

4. Tapak tersebut sepatutnya dijadikan tempat asuhan kanak-kanak seperti dalam perancangan asal, namun dibenarkan digunakan sebagai surau sementara sehingga masjid berdekatan siap. Malangnya, keputusan ini menyebabkan Pas berkempen ke seantero negara bahawa UMNO meruntuhkan surau. Gambar-gambar suasana berselerak untuk pengubahsuaian digunakan untuk membuat fitnah kononnya kerajaan meruntuhkan surau.

5. Apa yang tidak dimaklumkan kepada orang Islam di luar kawasan tersebut ialah kerajaan negeri telah membina surau al-Kausar yang yang lebih besar, selesa dan cantik kurang 500 meter daripada tapak asal. Ini semua tidak diceritakan. Sebaliknya, apa yang digambarkan ialah saya seorang pemimpin Islam meruntuhkan surau dan menghalang penduduk pangsapuri tersebut beribadat.

Klik sini untuk baca selanjutnya 

1 comment:

Anonymous said...

SKANG SHANON PLAK CKP PAS BYK SHIT..AGAKNYE DAH BAPER BYK TONG TAIK PENCACAI PAS MKN EH KEHKEHKEHKEH