Geng Bas Sekolah

November 13, 2012

MCA Hanya Harapkan UMNO

Aku tergelak apabila Helen Ang terus menulis MCA dikhianati oleh akhbarnya sendiri iaitu The Star. Terbaru Helen Ang mengatakan The Star terus menyepi dari mengeluarkan berita berkaitan BN sebaliknya mengeluarkan berita berita lain seolah olah mahu menyorokkan sesuatu daripada pembacanya.

Baru-baru ini disiarkan satu iklan di akhbar-akhbar Tamil menyenaraikan pelbagai peruntukan dan program yang disediakan bagi masyarakat India dalam tempoh 3-½ tahun lepas ini oleh pentadbiran Najib.

Iklan tersebut yang disiarkan di lima buah suratkhabar bahasa Tamil pada hari Ahad telah membandingkan pencapaian BN dengan sikap berpeluk tubuh negeri-negeri Pakatan yang tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk membela nasib kaum India.

The Star mempunyai satu ruangan harian berjudul ‘Other News & Views’ yang menterjemahkan kandungan media Melayu, Cina dan Tamil.

‘Other News And Views’ tidak menyentuh tentang iklan isu-isu kaum India yang disebutkan di atas atau polemik berkaitan topik tersebut.

Sebaliknya, tajuk-tajuk yang dipilih Star untuk ‘Other News & Views’ adalah contohnya “gigolo”, wanita muda yang menjadi perempuan simpanan, artis TV, “pervert in pink nightie” dan kesan sauna - Helen Ang

Orang islam sudah sedia maklum yang akhbar The Star sememangnya tidak menghormati umat islam dinegara ini. Sudah banyak kali akhbar ini mengeluarkan iklan yang menghina umat Islam. Antaranya mengeluarkan iklan hidangan babi untuk Ramadhan dan juga gambar artis yang memakai tattoo menghina Islam.


Malah Helen Ang turut menulis bahawa akhbar The Star pernah mengeluarkan berita yang menyokong kepada DAP dan juga pihak kristian secara keterlaluan.- Helen Ang

Cuma yang menjadi kemusykilan, mengapa sehingga kini MCA masih lagi belum mengambil apa apa tindakan terhadap editor dan kakitangan didalam akhbar itu? Adakah semua ini dilakukan dengan restu MCA sendiri?

MCA juga pada aku, masih gagal menarik pengundi kaum cina terutamanya golongan muda. Antara salah satu penyebab mungkin kerana MCA dikuasai oleh dinasaur dinasaur tua dan kurang memberikan peluang kepada golongan muda untuk menunjukkan bakat.


MCA sebenarnya hanya bergantung kepada UMNO sahaja. Malah calon MCA yang menangpun kerana bertanding dikawasan yang mempunyai campuran pengundi melayu dan india, bukannya kawasan majoriti cina. Kalau tak ada UMNO, MCA dah lama pupus.

Dalam masa yang sama, kita sebagai umat islam juga harus berhati hati kerana kaum cina secara umumnya amat kuat bersatu jika membabitkan kepentingan kaum mereka. Jangan nanti, jika BN kecundang, MCA akan bergabung dengan DAP pula dan menikam orang melayu dari belakang.

Aku bukannya prejudis terhadap MCA, cuma aku mengambil sikap berhati hati. Jika sesama melayupun masih ada yang mengkhianat, apatahlagi bangsa lain.

No comments: