Geng Bas Sekolah

October 1, 2012

Index Jenayah Menurun Tetapi Semakin ganas ?



Dahulu
PADA Julai 2009, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan meletakkan matlamat mengurangkan kadar jenayah sebagai perincian yang pertama.

Selepas tiga tahun, pencapaian NKRA jenayah dilihat mencapai objektifnya. Jika diperincikan statistik kadar jenayah indeks pada 2010 telah menurun sebanyak 15.4 peratus (%) berbanding tahun sebelumnya.
Bagi jenayah jalanan pula ia dapat dikurangkan sebanyak 34.7% bagi tempoh sama. Angka tersebut mengatasi sasaran bagi jenayah indeks dan jalanan untuk tahun 2010 iaitu masing-masing 5% dan 20%.

Pada 2011 pula, angka itu terus menunjukkan peningkatan apabila kadar jenayah indeks dapat dikurangkan sebanyak 11.1% berbanding tahun sebelumnya sementara jenayah jalanan pula menurun sebanyak 39.7% berbanding tahun 2009.

Dan sekarang

Polis bimbang trend penjenayah kebelakangan ini yang disifatkan tiada sifat perikemanusiaan dan sanggup bertindak ganas termasuk mencederakan sesiapa sahaja ketika melakukan jenayah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, berdasarkan kes-kes yang berlaku, penjenayah tidak mempertimbangkan keadaan mangsa dan mencederakan mereka meskipun tidak melawan.
“Kita bimbang penjenayah akan mencederakan mangsa tanpa mempertimbangkan keadaan mereka (tidak melawan).

“Ini menunjukkan penjenayah semakin hilang pertimbangan sekarang. Oleh itu, saya nasihatkan orang ramai berhati-hati dan berhubung dengan polis jika mengesan sesuatu yang mencurigakan," katanya.


Wahahaha sekarang NKRA kemana, KPI pun entah kemana. Penjenayah sekarang semakin ganas. Tembak orang selamba je tak takut dah. Polis pulak sekarang dah kelam kabut nak selesaikan kes yang semakin banyak.

Dulu bangga cakap index jenayah dah menurun. Haaa sekarang dah kena polis. Macam mana nak settle, pandai pandai koranglah. Bukan rakyat yang jaga sempadan dan keselamatan negara.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

POLIS MAKIN CANGGIH DGN SISTEM KESELAMATAN TERKINI. PENYANGAK PUN MAKIN CANGGIH GAK BROO. BAK KATA ORG SEIRING DAN SEJALAN HUHUHUHU