Nurul Izzah, anak perempuan Ketua Umum PKR dalam satu kenyataannya menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu bakal menyebabkan ekonomi negara bankrap dan memufliskan Kerajaan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mempertikaikan pengurangan 1% cukai pendapatan individu yang disifatkannya sebagai mengejutkan dan akan memberi kesan negatif terhadap sumber pendapatan negara.
Pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah akan sedaya upaya menekankan perihal negara akan muflis sama ada disebabkan oleh hutang yang bertambah ataupun kerana pendapatan kerajaan berkurangan berikutan penurunan cukai individu.
Untuk tambah lagi kisah penglipur lara bagi meracuni fikiran rakyat mereka memanipulasikan jumlah hutang negara yang sudah mencecah RM502.4 atau mewakili 53.7% dari KDNK, kononnya akan menyebabkan negara akan bankrap dan ekonomi akan jatuh merudum seperti Greece.
Walhal, isu hutang Greece dengan hutang negara kita jauh berbeza. Greece hampir bankrap kerana hutang luarnya terlampau besar hingga tak tertampung oleh rizab simpanan kerajaan.
Kita pula hanya memiliki hutang luar negara berjumlah RM17.6 bilion sahaja, manakala hutang terbesar ialah hutang dalam negara (domestik) yakni RM484.8 bilion.
Kelantan yang memiliki hutang RM1.1 bilion berbanding pendapatan hanya sekitar RM350 juta, peliknya tak pula gerombolan pembangkang menjadikannya sebagai isu. Kenapa?
Baca selanjutnya di Pahangku.com
Apa lah kelulusan kak Izzah ni kalau nak sembang bab ekonomi. Janganlah nak malukan diri macam bapak dia. Bapak dia dulu dah ler belajar pengajian Bahasa Melayu je tapi dilantik jadi menteri kewangan sebab Tun mahathir kena tipu dengan dia je. Kalau nak ikut kelayakkan, memang bapak dia tu tak layak langsung.
Ada masalah kewangan sikit, terus nak meminjam duit dengan yahudi. Last sekali kantoi sebab dia dah ada deal dengan yahudi tu nak jajah Malaysia. Oleh itu tak payahlah kak izzah sibuk sibuk persoal bab ekonomi. Pergi jenguk dulu kawasan Lembah Pantai lagi baik. Jangan sampai kena rejam dengan orang sana sudah ler hehehe.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
KEHKEHKEH BAPAK DIA AHLI EKO NO MONEY..CKP LEBEY ISI HAMPAS KELAPE!..DIA DAH TIPU HIDUP2 PENDUDUK KG BUAH PALA..DIA BUAT2 LUPE KERRR?? KEHKEHKEH ADOIYAIII
Post a Comment