Geng Bas Sekolah

September 29, 2012

Bajet 2013 Untuk rakyat


Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus satu setengah bulan gaji manakala pesara pula RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada Disember manakala selebihnya pada Januari depan.

Katanya, setengah bulan lagi telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri lalu.

Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji," katanya dalam pembentangan Bajet 2013 semalam.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga bagi menghadapi musim persekolahan pada awal Januari depan.

Selain itu Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua dengan kriteria penerima diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas, berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Perdana Menteri berkata, pemberian sebanyak RM250 menerusi bantuan dikenali BR1M 2.0 itu mula dibayar awal tahun depan.

Kriteria penerima masih sama iaitu ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. Menurut beliau, bantuan itu akan memanfaatkan 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion.

Baca selanjutnya di PahangKu.com

DS Najib sentiasa memikirkan kesejahteraan rakyat tanpa memperjudikan ekonomi dan masa depan negara sebaliknya pakcik Anwar membuat janji dengan menggadaikan bukan sahaja ekonomi negara malah juga sanggup menggadaikan nyawa rakyat. Kerana itulah pakcik Anwar ditolak dan dibenci oleh rakyat sehingga ke hari ini.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: