Geng Bas Sekolah

September 29, 2012

Peniaga Akan Tetap Ingkar


Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga berikutan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 dalam Bajet 2013.

Naib Presiden FOMCA, Siti Rahayu Zakaria berkata, golongan peniaga, terutama peniaga makanan, tidak harus berbuat demikian meskipun harga gula akan meningkat selepas ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengurangan subsidi bahan mentah itu, yang diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam.


FOMCA ni siapa nak suruh peniaga  ni jangan naikkan harga makanan/minuman? Arahan kerajaan pun dorang selamba langgar, inikan pulak nasihat NGO. Jangan haraplah nak dorang dengar. Bagi peniaga peniaga ni, kenaikan harga gula adalah rahmat dan peluang besar yang tak boleh dilepaskan. Tak kiralah sama ada lima sen ataupun sepuluh sen kenaikan, harga makanan/minuman tetap perlu dinaikkan. Naik Tetap Naik. Itulah slogan kegemaran peniaga peniaga di Malaysia.

Lepas ni jangankan harga makanan, harga boxer yang pak syeikh pakai dalam filem Chinadoll pun boleh melambung tinggi hahahaha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

PENIAGA2 CEKIK DARAH SKE TUNGGU BAJET2 CMNI BROO..SAJE AMIK KESEMPATAN. TU PSL KERAJAAN KENE TEGAS SKET. KLU TIAP2 TAHUN MULUT CKP SMPI BEBUIH TP TKDE APE TINDAKAN SUSAH LER CMNI. BKN APE BRO..FUCKATAN TUNGGU PELUANG JEK HUHUHU