Geng Bas Sekolah

August 25, 2012

Portal MalaysiaKini Menghina Islam ?


Kredibiliti Malaysiakini sebagai medium penyampaian maklumat bebas dan seimbang terus dipersoalkan berikutan tindakan portal berita propembangkang itu memutar belit kenyataan daripada sumber untuk kepentingan politik semata-mata.

Perkara itu diakui bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mendakwa, kenyataan beliau berhubung isu hudud telah dipetik Malaysiakini semalam secara tidak menyeluruh menyebabkan maksud kenyataannya berada di luar konteks.

Menurut beliau, menerusi laporan bertajuk 'Bekas mufti: Terkeluar Islam jika persenda hudud' semalam, Malaysiakini sekadar mengambil sebahagian artikel menerusi blognya di drmaza.com secara tidak menyeluruh.

Menolak nas al-Quran tentang hudud (jatuhnya) murtad, tapi menolak tafsiran dan pendapat tentang hudud oleh pihak tertentu tidak murtad. Isu hudud yang dilaporkan Malaysiakini itu benar tapi tidak menyeluruh.

Sebahagian media mengambil potongan artikel-artikel saya lalu dijadikan berita secara tak menyeluruh, di luar konteks dan untuk kepentingan politik mereka semata-mata," katanya menerusi akaun Twitternya semalam.

Malaysiakini semalam melaporkan Mohd. Asri memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.

Portal berita itu ketika ini mendapat kecaman pelbagai pihak kerana didakwa menyiarkan laporan secara tidak beretika dan mengkritik kerajaan secara keterlaluan dengan membelakangkan prinsip dan etika media.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, kerajaan tidak perlu mempedulikan orientasi politik Malaysiakini.

Ini kerana, kata beliau, portal berita itu perlu dilihat sebagai lidah rasmi pembangkang seperti Harakah dan Suara Keadilan yang tidak memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Mereka menyerang Utusan Malaysia kerana dikatakan lebih menjadi suara BN serta akhbar tersebut berat sebelah dalam menyampaikan maklumat. Tetapi, apa kurangnya Harakah dan Suara Keadilan termasuk Malaysiakini?

Cuma apa yang menghairankan saya ialah mengapa wartawan Malaysiakini boleh mendapat ruang dalam sidang akhbar oleh menteri-menteri, BN dan UMNO," katanya.


Portal MalaysiaKini memang portal milik pembangkang. Portal tu bukannya mencerminkan suara rakyat Malaysia sebaliknya hanyalah suara pemimpin pembangkang yang gilakan kuasa duniawi. Sebab tu rakyat Malaysia tak perlu melayan atau melanggan portal tu. Buang masa dan duit saja kalau layan cerita cerita berunsur israiliyyat dalam portal tu.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

BARU DR MAZA TAU SAPE ANUWAR SEBENARNYE HUHUHUHU