Lagi beberapa hari negara bakal menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun. Sebelum negara ini merdeka, orang melayu hidup didalam penderitaan khususnya semasa pendudukan jepun diantara tahun 1941 sehingga 1945.
Namun begitu, orang melayu sebenarnya telah mula dijajah oleh kuasa asing iaitu Portugis pada tahun 1511. Kejatuhan kesultanan melayu Melaka menandakan bermulanya orang melayu dan tanah air ini terjajah kepada bangsa asing.
Sejak itu, orang melayu dan tanahair ini menjadi kepunyaan bangsa asing. Hak orang melayu diperkotak katikkan dan tanah orang melayu dibahagi mengikut sesuka hati penjajah. Singapura atau nama asalnya Temasik adalah milik kesultanan melayu Johor telah bertukar milik British dan sekarang kita telah hilang hak keatas Singapura buat selamanya.
Selain Singapura, kesultanan melayu Johor juga telah terlepas hak keatas kepulauan Riau akibat Perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824. Akibat perjanjian ini, orang melayu telah terbahagi kepada dua dan seterusnya melemahkan kuasa politik dan ekonomi orang melayu.
Penjajah British juga mula menjajah satu persatu negeri di negara ini melalui lantikan Residen yang kononnya menjadi penasihat sultan sebaliknya sultan ditukar menjadi boneka sedangkan Residen inilah yang membuat semua keputusan kecuali berkaitan adat dan agama islam.
Walaupun orang melayu dijajah ratusan tahun, orang melayu seharusnya bersyukur kerana Allah s.w.t sentiasa melindungi dan merahmati orang melayu. Salah satu buktinya adalah orang orang melayu tidak kehilangan sistem kesultanan dan negeri melayu secara mutlak.
Sejarah dunia menunjukkan apabila sesuatu bangsa mula menjajah bangsa lain, mereka bukan sahaja merampas tanah malah mereka akan cuba membunuh atau menghapuskan bangsa ditempat yang mereka jajah. Paling tidakpun bangsa yang dijajah akan dipaksa berasimilasi dengan bangsa penjajah dan semua hak atau budaya mereka dihapuskan.
Tetapi uniknya ditanah melayu ini, sistem kesultanan dan negeri melayu masih wujud sehingga kini. Orang melayu masih wujud tanpa sebarang proses asimilasi malah mampu meneruskan keagungan pemerintahan bangsa melayu.
Jika penjajah Portugis, Belanda mahupun Inggeris mahu menghancurkan terus orang melayu, itu bukan satu perkara yang sukar. Malah mereka juga dengan mudah boleh memadam sejarah kesultanan melayu dan negeri negeri melayu. Tetapi itu semua tidak terjadi kepada orang melayu. Hak orang melayu dan kesultanan melayu masih terpelihara sehingga kini.
Malah diwaktu pendudukan jepun, Jepun juga memberi peluang kepada orang melayu untuk meneruskan sistem kesultanan melayu malah tidak terlalu menekan orang melayu seperti yang mereka lakukan kepada orang orang cina.
Selain azab dijajah, ada hikmah disebalik semua ini. Dengan dijajah, orang melayu baru sedar akan maruah dan semangat cintakan tanahair. Malah orang melayu juga dapat bersatu sedangkan selama ini orang melayu terpisah kerana corak pemerintahan feudal sultan sultan melayu.
Dengan penjajahan bangsa asing, Allah s.w.t telah menyediakan pengalaman untuk orang melayu supaya mampu membangunkan negara ini dan menguatkan semangat orang melayu untuk terus berjaya.
Harus diingat, segala kemajuan yang ada pada hari ini juga adalah dibawa oleh penjajah Inggeris. Oleh itu orang melayu dapat belajar dan sedar akan kepentingan ilmu dan teknologi terkini. Orang melayu mula sedar, tanpa ilmu dan semangat yakin kepada diri mana mungkin orang melayu mampu merdeka dan memerintah sendiri dengan jayanya.
Oleh kerana itulah orang melayu seharusnya terus bersatu kerana segala apa yang berlaku adalah ketentuanNya. Allah s.w.t mahukan orang melayu berjaya membina dan memerintah negara Malaysia ini dan sekarang orang melayu harus terus mempertahankan kedaulatan negara ini.
Usahlah terus berpecah kerana mengejar kemewahan dunia, ideologi politik tertentu ataupun kuasa. Orang melayu harus ketepikan semua itu untuk menjaga keutuhan pemerintahan bangsa melayu.
Jika ada pihak tertentu yang kononnya mahukan pemerintahan islam berbanding pemerintahan melayu, ingatlah tanpa orang melayu, pemerintahan islam tidak akan tertegak dinegara ini. Hanya orang melayulah yang dapat menegakkan pemerintahan islam kerana orang melayu lah penganut islam yang teramai dinegara ini, bukannya bangsa lain.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
SELAGI ADE MELAYU2 PENGKHIANAT YG KHIANAT KAT BANGSA SENDIRI SELAGI TU LER MELAYU AKAN BERPECAH. BANGSA LAIN AKAN AMIK KESEMPATAN ATAS KELEMAHAN BANGSA MELAYU TU SENDIRI. SILE LER BERINGAT WAHAI ORG MELAYU ADOIYAIIII
Post a Comment