Geng Bas Sekolah

August 23, 2012

PAS Nak Duit Royalti Masuk Poket Bukan Diberi Kepada Rakyat Kelantan

Penentangan terhadap penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji Bayaran Tunai Petroleum dikalangan pihak pembangkang dan kuncu-kuncunya jelas membuktikan mereka sebenarnya tidak faham langsung apa yang mereka tuntut. Mereka terus menuntut pemberian royalti sedangkan mereka tidak tahupun bahawa perkataan ROYALTI itupun tidak pernah wujud di dalam suratcara yang ditandatangani oleh Kerajaan negeri Kelantan dan PETRONAS.

PAS juga seolah-olah ketakutan dan mula panik kerana mereka sedar tuntutan mereka akan memberi kacau kepada peluang mereka di dalam pilihanraya di Terengganu. Ini kerana akibat dari tindakan tuntutan oleh PAS Kelantan, rakyat Terengganu berkemungkinan besar akan kehilangan pendapatan dari Bayaran Tunai Petroleum kepada mereka ini.

Kehilangan ini adalah disebabkan Jawatankuasa Khas akan mengkaji kesahihan tuntutan PAS Kelantan yang mendakwa telaga yang dibayar kepada Terengganu sebenarnya berada di dalam perairan Kelantan. Tuntutan itu tidak dapat dinilai mengikut perundangan yang ada sekarang kerana di Malaysia tidak wujud sempadan laut antara negeri-negeri. Maka kajian oleh jawatankuasa itu akan mengambil kira banyak ketentuan lain dan mungkin juga mengkaji persamaan kes-kes diperingkat antarabangsa untuk menyelesaikannya.

Jawatankuasa Khas ini juga memberi implikasi kepada harapan pembangkang untuk menawan Pahang kerana berkemungkinan daripada kajian semula ini besar kemungkinan Terengganu juga akan kehilangan beberapa telaga petroleum kepada Negeri Pahang dan ini akan jadi rezeki bergolek untuk rakyat Pahang.

Akibatnya,secara tiba-tiba pembangkang mahu kembali kepada sistem bayaran ehsan yang ditentang oleh mereka selama ini dengan meminta kerajaan membayar segera berdasarkan sistem yang ada. Pelik sungguh kerana merekalah yang rakus mengeji sistem wang ehsan sebelum ini.

Wang ehsan sebelum ini dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan kepada PM didalam akta 144. PM membahagi wang ehsan kepada negeri berdasarkan carigali yang dibuat di perairan Malaysia. Iaitu kawasan yang berada diluar perjanjian negeri dengan PETRONAS.

Perkara 3 (2) Akta 144 – Perbadanan itu hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh dari masa ke semasa mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya perlu.

Perkara 4 Akta 144 – Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.

Berbeza dengan suratcara yang ditandatangani negeri, Akta 144 tidak menjelaskan apakah kaedah yang perlu digunakan oleh PM ataupun formula yang dipakai. Ia juga tidak menjelaskan mekanisme pembayarannya.
Berdasarkan kepada peruntukan 3 (2) dalam Akta 144, penubuhan Jawatankuasa Khas ini adalah sah dari sudut perundangan. Berdasarkan kepada peruntukan ini juga, niat Perdana Menteri mengarahkan PETRONAS membuat Bayaran Tunai walaupun diluar suratcara yang dijanjikan adalah sah.

Di atas peruntukan inilah Perdana Menteri telah membayar kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu bayaran tunai daripada hasil carigali di Perairan Malaysia dan diluar perairan negeri-negeri tersebut.

Berdasarkan peruntukan inilah juga pada 4 November 2009 Perdana Menteri mengumumkan akan mula membuat Bayaran Tunai kepada Negeri Kelantan daripada telaga gas di Bumi Selatan. Bayaran itu telah mula dibuat sejak 2010 disalurkan Agensi Pusat di Kelantan.

Sebenarnya tuntutan Kelantan supaya mereka juga mendapat Bayaran Tunai seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu telah ditunaikan oleh Perdana Menteri hampir 3 tahun yang lepas lagi. Bezanya Terengganu, Sabah dan Sarawak memdapat habuan yang banyak ialah kerana banyaknya aktiviti eksploitasi di luar perairan mereka berbanding dengan hanya 1 telaga pada masa ini di luar perairan Kelantan. Telaga-telaga di Terengganu, Sabah dan Sarawak juga mengandungi minyak dan perairan luar Terengganu mengeluarkan minyak dari kategori Tapis Blend iaitu yang termahal di dunia. Sedangkan di luar perairan Kelantan hanya ada telaga gas.

Maka PAS Kelantan mengubah strategi dan menyelar cara wang tersebut disalurkan sedangkan penyalurannya adalah sah dari segi undang-undang. PAS Kelantan juga membuat tuntutan kepada beberapa telaga petroleum yang dibayar kepada Terengganu.

Baca Selanjutnya Di Kickdefella


Kalau dah parti Abdullah bin Ubai, memang ler kuat menipu. Itulah perangai sebenar pemimpin PAS ni. Bila rasa rasa dah kantoi, mulalah pusing balik. Yang bodoh melantun pengikut PAS juga. Kena kencing je dengan pemimpin PAS hari hari hahaha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Jeffry said...

DAH NAMA PUN PAS BROO...PENGANUT PAS PUN MANUSIA BROO..TERMAHAKKAN HARTA DUNIA GAK..SEBELUM CERAMAH BERDEGAR2 KAUT DULU DUIT DARI RAKYAT MASUK TABUNG. LEPAS TU SAUK MASUK KOCEK..AKTIVITI YG BIASE DIORANG BIKIN HUHUHUHU