Geng Bas Sekolah

August 26, 2012

Jamuan Hari Raya Aidilfitri DUN Lanchang Meriah


Petang semalam telah diadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri DUN Lanchang oleh Adun Lanchang iaitu Datuk Mohd Syarkar Shamsudin. Majlis itu yang dihadiri oleh lebih 5000 orang penduduk Lanchang, Temerloh dan kawasan sekitarnya menyerikan lagi majlis tersebut.




Majlis turut diserikan dengan kehadiran artis Rosyam Noor, Awie dan juga Angah Raja Lawak. Rata rata pengunjung yang ditemui menyatakan perasaan gembira dan berpuas hati dengan majlis yang diadakan.


Selain berpeluang menjamu selera, kanak kanak juga gembira apabila mendapat hadiah duit raya. Setelah selesai majlis, ADUN Lanchang, Datuk Mohd. Syarkar Shamsudin mengucapkan terima kasih kepada penduduk Lanchang yang hadir dan juga kepada petugas dan anggota RELA yang terlibat menjayakan majlis penuh bermakna ini.

Sumber: PahangKu

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

nasirwise said...

Penulis baru menonton TV yang melaporkan Rumah Terbuka PM di Pekan mencapai 100,000 pengunjung. Penulis kira 90 peratus hadir adalah rakyat dan pengundi Parlimen Pekan. Penyokong PM/BN adalah 90 peratus juga. Penulis ada cadang Rumah Terbuka PM, selain di Seri Perdana, Putrajaya dan Pekan, ia patut dan wajar di adakan di setiap negeri. Mengapa? Huraiannya di http://nasirwise.blogspot.com/2012/08/rumah-terbuka-1-syawal-perdana-menteri_23.html
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com