Geng Bas Sekolah

August 27, 2012

100,000 Rakyat Gempur Rumah Najib


Sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini penuh dengan semangat 1Malaysia dan luar biasa apabila dihadiri lebih 100,000 rakyat daripada pelbagai kaum.

Rumah terbuka yang bermula pukul 10 pagi dan berakhir 2 petang itu menyaksikan orang ramai daripada pelbagai kaum saling beramah mesra, selain menikmati pelbagai juadah di lebih 200 gerai yang disediakan.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhammad.


Rumah terbuka itu menyaksikan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama pemimpin kerajaan negeri dan UMNO Bahagian Pekan turun padang untuk beramah mesra dengan rakyat pelbagai lapisan.

Sambutan ‘luar biasa’ masyarakat termasuk dari luar Pahang itu menyaksikan orang ramai berpusu-pusu sejak pukul 9 pagi lagi untuk bertemu dengan pemimpin yang mereka sayangi itu walaupun majlis hanya dijadualkan bermula 10 pagi.

Malah sehingga pukul 2 petang, orang ramai masih terus memenuhi pekarangan Taman Tasik Sultan Abu Bakar, lokasi penganjuran rumah terbuka itu.

Keseluruhannya, lebih 160 usahawan tempatan terlibat menyediakan beberapa juadah istimewa seperti opor, laksa Pahang dan tidak terkecuali puding raja serta ikan patin masak tempoyak yang menjadi tumpuan orang ramai pada majlis itu.


Sekali DS Najib buat open house, beratus ribu orang datang. Tak payah sponsor baju warna kuning, tak payah suruh duduk atas jalan, tak payah buat kempen susah susah. Senang senang je DS Najib dapat beratus ribu sokongan rakyat.

Tapi bila puak pembangkang konon nak tunjuk yang rakyat sokong dorang, dorang buat rusuhan. Kesian sikit je yang datang. Itupun kena paksa, kena bayar duit, kena tipu pengikut sendiri barulah ada nampak muka. Apa ke bodohnya pembangkang ni. Nak sokongan rakyat, dia suruh rakyat merusuh. Mana ada rakyat nak buat kerja bodoh macam tu. Memang patutpun pembangkang ni tak dapat sokongan rakyat.

Ternyata rakyat Malaysia lebih menyokong DS najib dari pembangkang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: