Geng Bas Sekolah

July 11, 2012

Islam Terhakis Jika PR Memerintah


SABTU lalu, sekali lagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan program Istighasah Al-Kubra iaitu berzikir atau berwirid memohon petunjuk dan keredaan Allah secara beramai-ramai. Majlis kelmarin berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam Selangor dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Kali pertama, acara ini berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Zikir dan wirid berlangsung di tempat terbuka. Semasa di- Kuala Lumpur pada 19 Mei lalu, cuaca yang panas tidak menghalang kira-kira 5,000 orang memohon keamanan dan kesejahteraan ummah. Khabarnya suasana panas tiba-tiba ‘dilindungi’ awan.

Perhimpunan itu terbuka kepada semua umat Islam tanpa mengira kedudukan atau fahaman politik. Syukurlah masih ada pihak mahu mengusahakan agar umat Islam diberi petunjuk dan keredaan Allah. Yadim sebenarnya menyedari betapa perpecahan yang berlaku sesama Islam yang sudah tentu jika ditimpa musibah seluruh umat sama ada baik, jahat, kaya atau miskin akan terkena kesannya.

Justeru kata Yang Dipertua Yadim, Dr. Aziz Jamaludin Mhd. Tahir, pihaknya mengambil inisiatif menjadi ikon untuk menggerakkan istighasah ke seluruh negara bagi menyedarkan peri pentingnya perpaduan serta kesatuan ummah itu. Tanpa kesatuan, musuh akan menyelinap masuk dan memusnahkan kita semua. Baginya, bala atau musibah itu telah berlaku kepada umat Melayu iaitu perpecahan.

Bagi Pengerusi YBK, Zainal Abidin Sakom pula, program seumpama itu diharap dapat memperkukuh kekuatan umat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan budaya demi memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni.

Mungkin himpunan ini tidak sehebat perhimpunan seperti solat hajat anjuran parti politik yang tujuannya untuk kepentingan politik kepartian pada waktu malam yang dingin di stadium. Ia juga tidak sehebat perhimpunan solat hajat yang memohon kemusnahan orang lain disebabkan fahaman politik. Dan perhimpunan ini juga tentunya tidak sehebat Istighasah di Riau, Indonesia tahun lalu yang berjaya menghimpunkan 30,000 orang. Namun dengan kehadiran kira-kira 5,000 orang pada setiap majlis yang sudah dilangsungkan itu, sekurang-kurangnya masih ada sekumpulan umat yang mahu melihat penyatuan umat Islam termasuk orang Melayu dalam sebuah negara yang majoritinya umat Islam.

Memetik kata-kata Mufti Perak, Harussani Zakaria pada perhimpunan pertama yang lalu: Kita juga harus menganjur dan mengikuti perhimpunan yang memberikan kebaikan kepada negara dengan sama-sama memohon pertolongan dan keampunan daripada Allah SWT. Ini penting bagi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara daripada sebarang bencana dan huru-hara,’’.

Tidak dinafikan program seumpama ini yang dipenuhi dengan solat tahajud, solat hajat, solat witir, zikir dan wirid ada ketikanya kurang mendapat sambutan. Bukan mudah untuk menghimpunkan ribuan orang pada majlis seperti ini. Mungkin kerana pengisiannya bukan seperti ceramah politik yang kadangkala sarat dengan ‘aktiviti’ memaki hamun orang, menabur fitnah, mendoakan bala terhadap orang lain yang seagama atau mengajak orang supaya tidak bersyukur apa yang dinikmati sekarang. Entah kenapa orang lebih gemar dengan aktiviti yang boleh memandu mereka ke arah memecah belahkan umat dan bermusuh sesama sendiri.

Mereka lupa bahawa keasyikan itu akhirnya akan menghilangkan segala-galanya- politik dan agama.

Tanpa politik, sebarang kemungkinan boleh berlaku terhadap agama. Amalan, nilai agama malahan kewajipan dalam ibadat mungkin terhakis perlahan-lahan tanpa disedari. Mungkin atas semangat menghormati orang lain, amalan selama ini akan hilang begitu sahaja. Tidak mustahil juga ketika kuasa politik dalam tangan, disebabkan perpecahan, Islam tidak mampu dipertahankan malahan dipermainkan.


Justeru, amat penting untuk umat Melayu Islam bersatu demi mempertahankan kuasa politik demi bangsa dan agama. Usaha ini jangan pula dianggap rasis kerana setiap orang berhak mempertahankan haknya. Ketika kita sedia mengiktiraf hak orang lain, hak diri sendiri perlu dipertahankan.

Justeru bagi umat Islam di negara ini, berpada-padalah dalam segala bentuk tindakan berkaitan masa depan mereka. Bersyukurlah dengan ‘nikmat’ yang dikecapi dalam bentuk keamanan, perlindungan daripada bencana alam dan pentadbiran yang cekap di dalam negara kita.

Belajarlah bersyukur dan berterima kasih kepada tangan yang memberi!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

PENGANUT2 AGAMA PASRAEL JEK YG SUKE PD PERPECAHAN BROO..BAPAK KAPIR PUN X NGAKU ISLAM SELAIN DARI ISLAM PASRAEL, TAK BLEY PAKAI..ADE BAIKNYE DIORANG DUDUK KAT PULAU JEK LG BAGUS KEHKEHKEH