Atlet Terengganu, Harith Ammar Mohd Sobri dinobatkan sebagai raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) Pahang ke-15 setelah mengungguli acara 100m lelaki di Stadium Darul Makmur semalam.
Harith Ammar, 18, melintasi garisan penamat dengan masa 10.84s mengatasi Mohd Helmi Ahmad Awang dari Kedah di tempat kedua yang mencatatkan masa 10.92s.
Pingat gangsa milik pelari Sabah, Eddie Edward Jr yang menamatkan perlumbaan dengan masa 10.93s.
"Saya memang mensasarkan untuk menang acara 100m dan amat gembira dengan kejayaan ini," katanya.
Atlet kelahiran Setiu itu berkata perasaannya bercampur baur termasuk berdebar dan teruja setelah muncul sebagai jaguh pecut pada temasya berkenaan.
Sementara itu, ratu pecut Sukma edisi ke-15 menjadi milik Zaidatul Husniah Zulkifli dari Pulau Pinang yang menamatkan perlumbaan dengan masa 12.29s.
Lee Jia Qin dari Johor yang mencatat masa 12.45s meraih perak manakala gangsa dimenangi pelari Sabah, Stefbilce Sandy Stephen dengan catatan 12.50s.
Bagi kedudukan terkini Pahang, Pahang hari ini berjaya memintas negeri lain dan menduduki tangga ke 2 dalam senarai jumlah pungutan pingat Emas.
Pahang mendapat pingat Emas dalam acara bagi acara 5000 meter. Selain itu, Pahang juga turut merangkul 2 pingat Emas bagi acara angkat berat yang diadakan di Pekan melalui acara Snatch dan Clean & Jerk.
Bagi acara Perahu Layar, Pahang turut merangkul pingat Emas bagi kategori Optimist Wanita.
Manakala dalam acara menembak, Pahang turut membolot pingat Emas bagi acara 50m Rifle Position Individu dan Berkumpulan Lelaki.
Bagi acara 10m Pistol Perseorangan dan Individu Lelaki juga turut didominasikan oleh pasukan Pahang.
Acara Gimnastik juga turut menyumbangkan pingat Emas buat pasukan Tuan Rumah bagi disiplin Palang Tunggal Lelaki.
4 Emas disumbangkan melalui acara Silat yang melibatkan kategori Jurus Wajib Regu Lelaki dan Wanita serta Solo Bebas juga buat Lelaki dan Wanita.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment