Geng Bas Sekolah

June 8, 2012

Tuan Ibrahim Tuan Man Mabuk Kuasa

PAS hari ini meminta kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ini kerana menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS menjangka PRU-13 bakal berlangsung semasa musim haji iaitu selepas bulan Ramadan, antara September hingga Oktober.

Katanya, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya nanti.

“Inilah masalah yang dihadapi negara kita berhubung tarikh pilihan raya menyebabkan rakyat susah untuk membuat perancangan.

“Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini iaitu jemaah haji bertolak ke Makkah.

“Kalau berlaku demikian, kita minta ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan,” katanya.

Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihanraya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk pergi ke Makkah.

Tuuuuu dia bukti PAS ni gila kuasa. Ada ke sampai sanggup menyuruh orang lain tidak menunaikan rukun islam yang kelima semata mata kerana pilihanraya. Apa Pak Brahim ni boleh memberikan pahala ke kepada ahli jentera PAS kalau dorang sanggup tangguhkan niat pergi haji ni?

Agak agaklah Pak Brahim. Harta duniawi tak boleh bawak mati. Selama inipun PRU tak pernah lagi buat time orang pergi haji. Kalau Pak Brahim nak menipu pun, agak agaklah. Dosa halang orang pergi haji sebab kemaruk politik tu dah satu, dosa memfitnah umat islam yang kononnya nak buat PRU time haji tu pun dah satu hal.

Bawak bawaklah bertaubat Pak Brahim oiii.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

3 comments:

Anonymous said...

KEHKEHKEH JGN LUPE BROO.. PAK BRAHIM PEMBANTU NABI PALSU..TUGAS DIA CUMA HALANG IBADAH ORG LAIN DEMI NK MENANG PRU JEK..PASRAEL DAH KEMARUK POLITIK DUNIA BROO HUHUHU

EditorKiri said...

Tuan punya blog, kalau jahil fiqh.. jangan main hentam je..

Dalam keadaan Be End zalim kepada rakyat (ie tak beri hak royalti Terengganu dan Kelantan). Memang menjadi kewajipab kepada kita tukar kerajaan.

Dalam ilmu fiqh, mendahulukan kepentingan umum dari kepentingan peribadi adalah lebih utama. Malah, kalau mati dalam keadaan tertunainya kepentingan umum tp tak sempat tunai kepentingan peribadi, pahala ganjaran sama seperti kita buat dua-dua pekerjaan.

Oleh itu, saya cdgkan tuan punya blog perlu mohon maaf kepada Tuan Ibrahim atas keterlanjuran kata.