Geng Bas Sekolah

June 10, 2012

Pemimpin PAS Jatuh Terduduk


KUALA LUMPUR 9 Jun — Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) menyokong cadangan kerajaan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata pemberian itu merupakan sesuatu yang wajar diberi kepada rakyat dan DPPP tidak pernah memandang ringan usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu.

"Kami tidak pernah halang dan pertikai hak rakyat daripada menerima sumbangan itu, malah orang Pas pun terima, tiada masalah. Cara ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

"Ia juga satu cara baik bagi menyalurkan peruntukan daripada kerajaan kepada rakyat, satu asas penting dalam sesebuah kerajaan," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut di sini.

Nasrudin mengulas cadangan untuk meneruskan BR1M pusingan kedua yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua hari lepas.


Aduh kena lagi pemimpin PAS lain bila Nasrudin sokong BR1M. Mana nak letak muka pemimpin PAS bila dorang kata dulu duit BR1M tu duit haram. Mana nak letak muka bila dorang kata BR1M tu gula gula pilihanraya.

Bertambah pening ler puak PAS bila pemimpin sendiri berlainan patwa hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: