Geng Bas Sekolah

June 14, 2012

Mufti Pahang Ingatkan Tuan Ibrahim Tuan Man


Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengingatkan umat Islam yang mendapat giliran menunaikan haji tahun ini mengutamakan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu berbanding tanggungjawab mengundi dan melakukan kerja-kerja parti pada pilihan raya.

Beliau berkata, ia berdasarkan prinsip fiqh aulawiyat iaitu meletakkan sesuatu perkara mengikut keutamaan yang mana ibadat haji adalah fardu ain sedangkan mengundi adalah fardu kifayah.

Begitupun, beliau turut mengingatkan, mengundi juga ada keadaannya boleh bertukar menjadi fardu ain jika kepentingan Islam boleh terjejas sekiranya kurang umat Islam mengundi.

"Kalau yang mahu menunaikan haji untuk kali kedua, itu dia boleh tangguh kerana mengundi atau memilih pemimpin juga wajib dan fardu kifayah. Tapi untuk kali pertama dia perlu utamakan haji berbanding mengundi kerana haji adalah rukun Islam yang merupakan fardu ain.


Haaa dengar tu Pak Brahim..Kalau nak tangguh haji, biarlah orang tu dah pernah pergi haji. Ini sampai nak suruh semua orang jangan pergi, ini dah melampau. Lagipun selama ni tak pernahnya PRU buat masa musim haji. Tak payahlah nak buat spekulasi mengarut semata mata nak naikkan nama sendiri sebelum PRU ni.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: