Dewan Rakyat hari ini dikejutkan dengan pendedahan bekas peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin iaitu beliau mengakui pernah diarah Ketua Pembangkang untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Menurut Zulkifli, Anwar memberi arahan tersebut bagi memastikan kes Altantuya dapat dijadikan modal politik untuk mensabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) selepas menyedari kes tersebut tiada kaitan dengan Ahli Parlimen Pekan itu.
Katanya, selaku peguam bela Anwar pada ketika itu, beliau membuat pelbagai semakan undang-undang untuk mencari bukti bagi mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan berkenaan, namun tiada sebarang petunjuk Najib terlibat, tetapi pembangkang cukup galak melempar fitnah.
"Tiada sebesar zarah pun bukti Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan apabila saya beritahu Anwar, dia marahkan saya. Anwar kata, kalau tiada bukti, kamu kena adakan bukti tersebut, tetapi sebagai peguam yang berprinsip saya tidak mengikut arahan berkenaan.
"Kalau ada bukti sudah lama saya gunakan untuk menyerang Perdana Menteri, tetapi hari ini isu pembelian kapal selam Scorpene ditimbulkan lagi. Apa tujuan mereka timbulkan isu ini, tujuannya tidak lain untuk kembali mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang terbukti fitnah.
"Saya peguam Anwar, saya lebih tahu. Mereka mendakwa kononnya ada surat akuan bersumpah yang mengaitkan Najib, semua itu bohong sebagaimana akuan sumpah palsu (diarah Anwar) dalam kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan," katanya semasa sesi perbahasan.
Kalau dah bekas peguam pakcik Anwar pun cakap yang pakcik Anwar ni penipu, itupun masih ada orang melayu yang bodoh boleh percaya dengan cakap pakcik Anwar. Lagi sadis bila yang orang yang percaya itupun langsung tak pernah jumpa dengan pakcik Anwar. Main dengar je cakap cakap orang.
Aku kesian dengan orang macam ni. Suka sangat percaya dengan cerita karut marut. Agaknya kalau pakcik Anwar kata dia pernah diangkat ke langit, memang berbaris panjang orang melayu dok menadah air ludah orang tua tu buat penerang hati.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
POKCIK ANUWAR SAMPAI SKANG TAK BERANI NAK SAMAN SORANG PUN BEKAS AHLI PKR BROO..SEME RAHSIA DLM KOCEK DIORANG. TU YG MATE ANUWAR TEKULAT2 24 JAM KEHKEHKEHKEH ADOIYAIII
Post a Comment