Pas mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya umum pada musim haji tahun ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jaminan tersebut perlu bagi menghilangkan kebimbangan jemaah haji berhubung hak mereka sebagai pengundi.
“Perdana Menteri tidak seharusnya membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Malah kata beliau, selagi tiada jaminan, ia akan menyebabkan mereka serba salah antara meneruskan hasrat atau menangguhkannya dulu.
“Kalau mereka sebagai pengundi tidak seberat tekanan sekiranya dipilih sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihan raya. Tambahan pula, seandainya pilihan raya diadakan dalam musim haji ini bermakna kerajaan Umno menafikan hak 30,000 umat Islam untuk menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi,” katanya lagi.
Pak Brahim ni sakit ke apa? Dia sendiri yang cakap "kononnya" PRU akan diadakan pada musim haji sampai tak bagi orang pergi haji, lepas tu minta pulak jaminan dari PM jangan buat PRU masa musim haji. Apa masalah orang tua ni? Bila pulak PM cakap nak buat PRU masa musim haji?
Angin tidak ribut tidak, alih alih meroyan cakap pasal PRU nak buat masa orang pergi haji. Dah lah hari tu dia cakap PKR Pahang pinjam kerusi parti dia sampaikan si Fauzi naik angin kat dia. Ini meroyan pulak pasa PRU masa musim haji. Tak pernah buat dek orang PRU masa pergi haji weii.
Nampak sangat nak kejar glamor pak Brahim ni. Trick dia dah macam Nizar Lambai pulak. Nak bagi nama up, saja je keluar kenyataan yang memperbodohkan diri dan parti sendiri.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
2 comments:
KALO DH G AJI...
TOKSAH LA DOK PIKIAQ PRU
PIKIAQ NAK BUAT PAHLA BEBYK...
MINTAK AMPUN DOSE2 DAHULU
SEBELUM DOSE YG BAHARU DILAKUKAN
PAK BRAHIM TGH BERANGAN BROO..DIA DLM DUNIA HALUSINASI. MAKLUM LER DH KEMARUK NAK KE PUTRAJAYA..SEME DIA MAIN LANGGAR SEMCM. LAMPU TRAFIK PUN DIA SEBAT! KEHKEHKEH
Post a Comment