Geng Bas Sekolah

June 16, 2012

Fiqh Taati Pemimpin - Berbeza Pendapat Bukanlah Perpecahan


Sejak semalam bermulanya seminar antarabangsa iaitu Fiqh Taati Pemimpin yang dibarisi oleh ulamak ulamak luar seperti daripada Mesir dan Arab Saudi. Didalam majlis ini, pelbagai kertas kerja dibentangkan dan banyak pendapat telah dibahaskan dan diterima.

Walaupun majlis ini diadakan oleh Kerajaan, tetapi ramai juga peserta yang hadir terdiri daripada kalangan parti pembangkang terutamanya PAS. Ini menunjukkan walaupun ada seseuatu perkara yang dibuat oleh Kerajaan dibangkang oleh pembangkang, tetapi itu seharusnya tidak menjadi titik perpecahan kepada umat islam dinegara ini.

Masih banyak lagi titik persamaan yang boleh dicari dan menyatukan kita umat Muhammad S.A.W dinegara ini khususnya didalam majlis majlis ilmuan seperti ini. Ada pelbagai persoalan dilontarkan oleh peserta kepada ulamak seperti isu hukum hudud, bagaimana ketaatan kepada pemimpin perlu ditafsirkan, apakah wasatiyah yang digagaskan oleh DS Najib itu benar benar boleh digunapakai dan tak terkecuali isu larangan menunaikan ibadah haji kerana pilihanraya.

Dengan pandangan ulamak luar yang lebih berpengalaman dan berilmu, banyak yang boleh dipelajari didalam majlis ilmu seperti ini.Diharap majlis seperti ini dapat diperbanyakkan lagi dimasa hadapan.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: