Geng Bas Sekolah

June 18, 2012

UMNO Laksanakan Pembangunan Islam - Sheikh Al Azhar


Rakyat Malaysia harus berterima kasih dan terus menyokong dasar kerajaan yang diamal selama ini kerana ia membantu membangunkan Malaysia sebagai antara negara Islam termaju di dunia.

Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata kerajaan Malaysia, yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam, telah banyak melakukan kebaikan kepada masyarakat serta berusaha membangunkan (mendaulatkan) Islam dan ia seharusnya perlu terus disokong.

"Pemerintah Islam Malaysia telah lakukan banyak kebaikan serta membangunkan Islam, maka tidak patut untuk cuba menjatuhkannya terutama melalui cara tidak demokratik.

"Oleh kerana kerajaan telah lakukan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat, maka patut rakyat terus beri peluang dan menyokong.

Jangan timbulkan sesuatu perkara yang boleh menghalang perkembangan pembangunan kerana ia boleh menjadi fitnah pula kepada masyarakat itu sendiri," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk "Fiqh Mentaati Pemimpin" di PWTC.

Beliau adalah antara pembentang kertas kerja pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, yang bermula pada 17 Jun hingga semalam.

Sheikh Mahmoud Ashour turut memberi ingatan agar tiada pihak yang menggunakan Islam untuk menakutkan masyarakat.

"Dalam proses mewujudkan sebuah negara Islam, tidak wajar menimbulkan suasana takut kepada masyarakat, dan tidak boleh memperjuangkan Islam secara kasar," katanya.

Baca selanjutnya di PahangKu


Habislah semua ulama dan cendiakawan islam ni dibayar oleh UMNO. Yelah kebiasaannya kat Malaysia ni, kalau seseorang ulama atau tokoh islam tu mengeluarkan kenyataan yang tak menyokong PAS maka orang tu dah dibayar UMNO. Tak percaya? Tanyalah puak PAS. Itupun dorang sendiri yang cakap hehehehe.

Gila UMNO bayar semua ulama dalam dunia ni hehehehe

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

DAH TERSURAT DARI YG TERSIRAT BROO..UMNO TAK LEKANG DEK HUJAN TAK LAPUK DEK PANAS. PAS JUGAK BAKAL HANCUR LEBOR DEK TSUNAMI NANTI HUHUHU