Geng Bas Sekolah

May 29, 2012

PM Gesa Sayangi Warga Emas

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua rakyat Malaysia supaya tidak mensesiakan kehidupan warga emas kerana mereka merupakan khazanah tidak ternilai buat negara.


Malah, beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat negara ini terutama anak-anak dalam memastikan kebajikan warga emas terutama ibu bapa sendiri sentiasa terpelihara kerana ia merupakan suatu yang amat dituntut oleh agama selain sejajar dengan nilai ketimuran.


Beliau berkata, atas asas itu juga, kerajaan komited menyediakan persekitaran yang kondusif bagi membolehkan golongan berkenaan semakin meningkat tua tetapi masih aktif, produktif dan sihat.


"Kita telah menyediakan pelbagai program serta kemudahan untuk mereka dan pada hari ini saya umumkan dua lagi kemudahan yang akan kita sediakan untuk golongan ini.

"Pertama, selain diberi kemudahan menerima rawatan percuma di klinik dan hospital kerajaan, kita akan menghantar pasukan perubatan ke 48 pusat penjagaan warga emas yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekurang-kurangnya sebulan sekali," katanya.


DS Najib begitu prihatin terhadap nasib warga emas di negara ini termasuklah kepada pemimpin PR yang telah uzur. Adakah ciri ciri ini ada pada pemimpin PR? Rasanya tidak sebab mereka hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memperdulikan nasib rakyat termasuklah kepada pengikut mereka sendiri.

Kerana sikap itulah mereka tidak layak menjadi pemimpin untuk mentadbir negara ini walaupun mereka berusaha dari muda hingga ke hujung nyawa.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

TP KECUALIKAN ORG2 TUA LAHANAT FUCKATAN PEMBANGANG DARI FAEDAH TU KEHKEHKEHKEH