Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap tidak ada pihak mempolitikkan kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia di sini, tengah malam tadi.
"Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain. Program ini melibatkan lebih 500 acara dan membabitkan berjuta pengunjung, dan kes sebegini tidak seharusnya menenggelamkan semangat para belia bersukan, bergiat dan melibatkan dalam aktiviti yang sihat," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan di Hospital Putrajaya.
Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, seramai 17 orang cedera dan empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di luar kawasan dibenarkan.
Mangsa yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu.
Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.
Ahmad Shabery berkata beliau akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan untuk kebajikan mangsa kemalangan tersebut.
"Setakat ini, dari segi perubatan akan dikendalikan oleh pihak hospital dan pihak kami sedia untuk memberi apa jua bantuan kerana yang penting sekali adalah untuk mereka sembuh, jadi kalau ada kos tambahan dan sebagainya, kita akan berunding dengan pihak hospital," katanya.
Sementara itu, keluarga mangsa tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir.
"Nak kata kecewa tu (memang) kecewa, tapi benda dah berlaku, nak buat macam mana, kuasa Allah. Cuma kita berdoa supaya dia cepat sembuh," kata Nakim Bahari, 57, yang merupakan bapa Ami.
Nakim, seorang peneroka dari Gemencheh, Negeri Sembilan berkata beliau juga tidak akan menghalang anaknya meneruskan minat dalam bidang itu selepas ini, dan semuanya bergantung kepada yang empunya diri.
"Nanti kalau kita larang, mereka memberontak, lain jadinya, jadi bergantung pada diri sendirilah," katanya.
Shaari Bujang, 59, bapa Muhammad Iskandar Rasiq pula berkata acara itu merupakan sukan kegemaran anaknya yang sanggup ke mana sahaja semata-mata untuk menjadi penonton.
"Saya menerima panggilan sekitar jam 1.30 pagi tadi (yang memaklumkan kejadian ini). Dia datang ke sini pun saya tak tahu. Memang tak dapat tidur dan resah memikirkan apa yang menimpa anak saya.
"Nak kata marah, tak bolehlah, sebab benda ini dah kesukaan dia. Benda ni pun berlaku bukan kehendak kita, dah takdir. Bukanlah nak mengatakan penganjur tu salah, yang menonton pun lebih kurang sama," katanya. BERNAMA
Semua yang berlaku adalah ketentuanNya. Tapi selalunya puak pembangkang bukan boleh terima Qada dan Qadar. Dorang suka menyalahkan orang lain bila sesuatu bencana berlaku.
Lepas ni memang berbuihlah mulut puak tu bercerita tentang UMNO sengaja nak langgar budak budak ni. Biasalah dorang ni semua nak salahkan UMNO. Dorang sakit perut cirit biritpun nak salahkan UMNO juga.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
3 comments:
Salam Perjuangan
Mohon tumpang berjuang melalui pautan blog
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/
Salam Perjuangan
Mohon tumpang berjuang melalui pautan blog
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/
Salam Perjuangan
Mohon tumpang berjuang melalui pautan blog
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/
Post a Comment